Wednesday, May 17, 2017

Nuansa Aspirasi Ramadhan di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan

Kredit Gambar : Ben Ashaari
Bulan Ramadhan bakal tiba, tidak lama lagi kan? ada seminggu je lah lagi.. Ya ALLAH tak sabar rasanya..Bila nak tiba bulan ramadhan makan pesta makan mesti meriah terutama di Kelantan..dengan ada bazar ramadhan, orang yang cari rezeki menjual tepi jalan, buat kuih muih dan macam-macam lagi..fuh best...

Cuba korang tengok gambar dibawah ni...


Best kan? Kari Kambing Gear Box fuh..kecur air liur kejap..haha

Hotel Perdana akan mengadakan Iftar Ramadhan sempena kita rakyat Malaysia akan menyambut bulan puasa tidak lama lagi..



Bila bulan puasa tiba pasti akan mencari kelainan kan? Kalau korang nak tahu, Hotel Perdana menyediakan 5 kawah gulai! Apa 5 kawah? Ya, 5 kawah dengan pelbagai lauk seperti Kari Kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari Kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera, dan Masak Lemak Daging Salai Mangga Muda. Wow Banyakkan...Tahun ini Hotel Perdana ada menyediakan 3 ekor kambing golek (pusing) setiap hari...hehe kalau korang nak makan kambing, boleh beriftar di Hotel Perdana..

Kalau korang nak cari masakan arab, Nah Mendi Chicken dan Mendi Lamb ada di Hotel Perdana pada iftar ramadhan nanti dan yang paling best korang dapat menikmati makanan arab di tepi kolam..nak nak pada waktu malam, fuh...romantik babe..



Aku punya perangai kalau pergi tempat makanan, aku akan mencari benda yang paling pelik dan susah nak dapat di Kelantan..Kalau dekat KL memang senang nak dapat, di Kelantan memang susah nak dapat, makanan yang aku cari adalah SUP TORPEDO POWER, apa sup toperdo ini korang google lah, hehehe tapi khasiat dia memang ump, memang power babe..




Selain itu, Hotel Perdana juga akan menyediakan makanan secara bergilir-gilir setiap hari dengan menu berlainan dan dengan jumlah makanan yang disediakan, korang tak perlu risau sebab makanan tidak akan habis, menurut wakil hotel perdana semalam, makanan masih akan disediakan selepas solat terawih dan yang paling best, hotel perdana juga menyediakan pakej untuk bersahur dari jam 3.30 pagi sehingga 5.30 pagi. Tambaha pula. korang boleh buat tempahan untuk majlis berbukan puasa secara privasi dengan kapasiti dewan 50 orang.

Tahun ini, bertemakan "Nuansa Aspirasi Ramadhan", Hotel Perdana menawarkan lebih 188 sajian yang berkonsepkan Arab, Indonesia & Thai termasuk kepelbagaian kuih-muih tradisional. Konsep ini telah menjadi penanda eksklusif untuk iftar ramadhan lebih dari 4 tahun di Hotel Perdana.

Selain daripada itu, Hotel Perdana juga memperkenal konsep membeli sambil menderma dimana setiap RM1 akan diambil dari setiap pembelian untuk diderma kan kepada golongan yang memerlukan.

Tunggu apa lagi, korang boleh buat ajak kawan-kawan, keluarga, pasangan, siapa-siapa sahaja untuk merancang berbuka puasa di Hotel Perdana sebab puasa pun tak lama lagi, ada lebih kurang seminggu ja lagi..

Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke



Sunday, May 14, 2017

MPKB bersama UNILEVER FOOD mengatasi sisa makanan!



Majlis Penbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB_BRI) telah menganjurkan satu program mengenai sisa makanan yang menjadi salah satu isu besar di peringkat negeri mahupun nasional. Dengan kerjasama Unilever Food Solutions, Program Kehidupan Lestari bagi pengurusan sisa makanan dan lebihan makanan. Dalam program ini, Unilever Food Solutions (UFS) juga telah melancarkan salah satu program iaitu Chefmanship Academy dimana program CA merupakan satu-satunya program setempat bagi pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef bagus berasas penekanan di atas keusahawan bijaksana melalui memperkenalkan modul terbaru mulai sekarang.


Program ini telah dihadiri YB Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan Darul Naim YAB Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), YBrs Encik Azizan Bin Haji Mohamed, Pengarah Bahagian Perlesenan MPKB serta 400 usahawan yang terlibat dalam Bazar Ramadhan Tahunan dimana semua usahawan ini telah memberi maklum balas yang positif tentang aspek pengurusan makanan, kos pengurusan, dan juga pengurusan tentang lebihan makanan serta sisa makanan.



Menurut kajian yang telah di anjurkan oleh MARDI, negara kita mengalami pembaziran sisa makanan sebanyak 8000 tan sehari dimana kebanyakkannya lebihan makanan tersebut maih lagi boleh di makan.

Dalam mengendali masalah ini, UFS berganding bahu bersama Kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meningkatkan teknik pengurusan sisa makanan & lebihan makanan, kos operasi pengurusan makanan serta menjamin kesihatan rakyat malaysia dalam aspek pemakanan.




Selain daripada itu,UFS juga melancarkan satu platform sosial media melalui aplikasi Wechat bagi memudahkan pengurusan menyalurkan maklumat serta memberi maklum balas dalam segala hal terutama mengenai pengurusan sisa makanan dan lebihan makanan serta tip menjadi pengendali makanan dengan baik.

Monday, March 27, 2017

Mama & Baba selamat pulang!

Mama & Baba selamat pulang!


Alhamdulilah


Hari ini ibubapa aku telah sampai di Kelantan selepas 12 hari di Madinah & Makkah..Betapa aku happy selepas aku bersendirian selama 12 hari..hahaha,,,,anak lelaki pun ada manja juga tau Merindui ibubapa aku dalam masa 12 hari tu amat perit sangat sebab terasa sunyi sangat dalam rumah ni hahaha....dan yang paling best apabila aku merindui seseorang yang tersayang...hahaha

Pada hari ini juga keluarga besar kami buat makan-makan tapi tak lama duduk kerana semua kepenatan..yerlah 8jam penerbangan dari Jeddah ke Malaysia....Pada masa yang sama ibubapa aku batuk & selsema.

Part yang paling best masa dekat rumah tadi aku berbual dengan mama pasal Madinah & Makkah...Mama bercerita pasal ibadah..pasal makan....tapi tak lama berbual sebab mama aku nampak letih..so aku biarkan mama rehat sekejap..aku masuk bilik sambil2 melihat "bulan" yang lama aku merindui =p

Thursday, March 23, 2017

Aku doakan korang dapat jejak kaki ke Rumah ALLAH swt! Amin

Aku doakan korang dapat jejak kaki ke Rumah ALLAH swt! Amin


Hai, dah dekat berapa minggu sudah aku tidak menulis di blog aku ini...Sambil aku nak menaip ni aku dengar lagu Warkah Untukku oleh Ara AF ....Kenapa aku suka pasang lagu ni bila menaip? Ia mengingatkan aku tentang apa itu CINTA PADA YANG SATU....

Ha...Aku baru pulang dari menunaikan UMRAH pada 2 minggu lepas, Alhamdulilah, ALLAH telah dengar doa aku selama 10tahun...10tahun aku impikan untuk pergi ke rumah ALLAH...

Pengalaman aku kat sana yang aku boleh ringkaskan adalah BEST & aku takleh nak beri bayangan macam mana sebab keseronokan itu atas diri sendiri yang merasa....Macam mana nak pergi UMRAH? Korang kena sentiasa letak pergi Umrah itu adalah perkara yang pertama yang korang ingin lakukan walaupun ia mengambil masa lama korang kena letak UMRAH itu perkara pertama..Selepas itu USAHA dengan menabung....Aku mula menabung tika aku mendapat gaji pertama...aku ambil hampir 45% dari gaji aku masuk ke dalam akaun Tabung Haji dengan niat duit tabungan itu untuk pergi Umrah...


Dan yang paling best apabila waktu kita usaha nak ke RUMAH ALLAH, ada rezeki melimpah ruah yang datang pada kita...REZEKI itu datang kepada Aku dalam bentuk Wang dan juga kebahagiaan tapi ada juga pahit...dan benda pahit itu aku anggap UJIAN kepada aku....

Aku doakan korang semua dapat jejak kaki kesana satu hari nanti...Amin....

Tuesday, February 14, 2017

Tidak Sabar Untuk Berada Di Awan!

Tidak Sabar Untuk Berada Di Awan!


Lebih kurang 1 minggu lagi aku akan memulakan perjalanan yang jauh dan ini adalah perjalanan yang paling jauh sepanjang hidup aku, Aku tidak pernah rasa tidak sabar begini untuk menjejak kaki di sana....Boleh dikatakan setiap malam aku terbayang aku berada disana,

Ya ALLAH, tidak sabar rasanya.....Korang doakan aku yer semoga selamat perjalanan aku ke sana........

Wednesday, February 1, 2017

‘Ini soal integriti dan profesionalisme’

‘Ini soal integriti dan profesionalisme’


PENYOKONG tegar bola sepak negara, Al Fadli Awaludin menyifatkan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya bersandarkan kepada jawatan atau gelaran semata-mata.

Sebaliknya beliau berpendapat jawatan itu boleh disandang oleh sesiapa sahaja yang mempunyai profesionalisme dan integriti yang tinggi.

Katanya, tidak kiralah sama ada dari golongan kerabat, ahli politik atau orang biasa sekali pun, dua kriteria ini haruslah dipenuhi jika mahu melihat perubahan dalam landskap bola sepak negara.

"Sebenarnya kalau kita sebut orang profesional dan integriti, dia tidak tertakluk kepada jawatan, pangkat atau gelaran. Ia lebih kepada cara kerja, etika dan mentaliti mereka.

"Ramai penyokong mahukan FAM dipimpin oleh mereka yang mempunyai dua asas ini, tak kisahlah walau siapa pun yang memimpin.

"Saya faham kenapa sekarang ramai orang mempersoalkan jawatan ini hanya untuk kerabat atau ahli politik sahaja. Ini disebabkan bola sepak kita selama ini ditadbir oleh individu tanpa profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sebab itulah orang beranggapan jawatan atau gelaran itu boleh menjatuhkan bola sepak negara walaupun sebenarnya bukan itu yang menjadi permasalahan utama," jelasnya.

Menurutnya, untuk pemilihan kali ini, beliau mengharapkan setiap calon bertanding mengemukakan perancangan dan manifesto tentang hala tuju bola sepak yang ingin dibawa mereka.

Katanya, dengan perancangan dan manifesto ini barulah penyokong dapat melihat apa hala tuju yang ingin dibawa oleh mereka untuk memajukan bola sepak.

"Bila ada manifesto dan perancangan, baru kita tahu indeks petunjuk prestasi (KPI) mereka. Kalau ikut pencapaian dibawa pemimpin sebelum ini, pada saya ia  tak memadai.

"Jadi, calon-calon yang ada ini perlu capai lebih daripada itu dan memberikan masa dan fokus utama hanya untuk bola sepak. Bukan untuk jawatan presiden sahaja, jawatan-jawatan lain yang di bawah pun perlu sama," ujarnya.

Katanya, walaupun penyokong tiada hak untuk mengundi, tetapi penyokong juga perlu terlibat dan tahu apa hala tuju yang ingin dibawa kerana mereka ini sudah lama menanti perubahan untuk melihat kemajuan bola sepak negara ini.

sumber: Sinar Harian

Tuesday, January 24, 2017

‘Semua tidak layak’

‘Semua tidak layak’

Presiden FAM patut bukan ahli politik, kerabat diraja – Velappan - SUMBER : UTUSAN

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut.

“Jika dikaji kedudukan bola sepak negara sudah bertukar secara keseluruhan yang mana kita tidak mahu ahli politik dan kerabat diraja sebaliknya kita mahun golongan profesional dalam sukan tersebut.

“Sewaktu zaman saya Tunku Abdul Rahman dikecualikan kerana beliau seorang peminat bola sepak tegar dan sedia menggalas tanggungjawab secara beramai-ramai. Tidak seperti sekarang.

“Saya mahu tanya, apa tujuan mereka mahu menjadi presiden? Pada pandangan saya, tiada seorang pun dalam kalangan mereka patut dipilih sebagai presiden. Bagi saya, presiden sewajarnya dipilih dalam kalangan rakyat biasa.

“Ini kerana saya lihat sejak 15 tahun kebelakangan ini semua ahli politik terlibat dalam persatuan bukan bola sepak. Itu membunuh pembangunan sukan. Bagi kepada orang yang sepatutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam FAM menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Utusan Malaysia difahamkan, Khairy mengetuai senarai dengan menerima 12 pencalonan, diikuti Tunku Ismail, lima.

Semua calon diminta mengesahkan pendirian mereka sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Februari.

Velappan, 81, yang pernah menyandang jawatan Penolong Setiausaha FAM dan menjadi pengurus skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich bagaimanapun tidak menyatakan siapakah calon yang difikirkan layak mengisi kerusi panas itu.

SUMBER : UTUSAN ONLINE