general
Guardian
Himalaya
Joint Wellness
Kelantan
Kota Bharu
Men Wellness
review
Shopee
Watson
Himalaya Wellness: Joint Wellness & Men Wellness, Produk Untuk Lelaki Kacak Malaysia! Wajib Beli Tau!
8:25 AM
"Apa maksud hidup penuh makna
Naik air terjun sampai jumpa takhta
Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi
Minta apa saja dari Tuhan, boleh bagi"
Aman RA
Kesibukan seorang lelaki mencari nafkah untuk menyara keluarga atau meneruskan kehidupan memang mencabar terutama dari segi kesihatan, mental dan emosi. Meminjam kata-kata Aman RA "Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi" menyebabkan para lelaki sanggup buat apa sahaja kerja sampaikan sehari melakukan 2 3 pekerjaan. Tetapi dalam melakukan kerja, kesihatan juga perlu di jaga kan?
Himalaya Men Wellness Membantu Kehidupan Seharian Aku!
Aku ingin kongsikan satu pengalaman aku menggunakan produk Himalaya Men Wellness. Produk apa tu? Produk penjagaan kesihatan lelaki luar dan dalaman. Suka aku kongsikan satu masalah aku bila bekerja, aku kerja waktu malam pada setiap hari, dan menyebabkan aku mengalami keletihan. Selepas aku diperkenalkan dengan produk ini, masalah aku berkurang secara berperingkat, malah bersemangat nak buat kerja.
Kesihatan Dalaman Lelaki Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga
Aku sentiasa dipesan kalau kita sentiasa keletihan, ia juga boleh mengganggu kesihatan dalaman, jadi demi masa depan, aku guna produk ini untuk mengekalkan kesihatan dalaman aku. Selain itu kita lelaki kena menjaga kesihatan zakar kita untuk keharmonian rumah tangga, lebih lebih lagi orang berbadan gempal macam aku, alhamdulilah, dalam aku menggunakan produk ini, aku juga mengamalkan aktiviti keluar peluh secara minimal dan insyallah cuba untuk istiqomah!
Aku sangat suka cadangkan produk ini kepada para lelaki diluar sana dan juga para isteri boleh membeli produk ini kepada suami anda untuk kesejahteraan rumah tangga dan juga bagi memberi suami anda rasa gembira dan emosi stabil. Bila emosi suami stabil, isteri senang hati !
Korang boleh amalkan makan dua biji kapsul untuk dua kali sehari. Makan lepas makan dan selepas itu korang akan rasa cergas dan boleh melakukan aktiviti keluarkan peluh seperti senaman di gym!
Lenguh Sendi Bukan Perkara Biasa!
Lenguh Lenguh Sendi ni bukan perkara main main, pergerakan solat kadang kadang terbatas apatah lagi nak naik tangga, sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak cerita sedikit, aku mengalami masalah lutut yang mana ada koyak sedikit jadi lutut aku akan rasa sakit jika aku menggunakan kekuatan lutut seperti naik tangga, mengangkat barang yang berat!

Solusi nya, aku mencuba produk dari Himalaya , Joint Wellness yang mana produk ini dihasilkan dari sumber alam, Produk Himalaya Joint Wellness ini diperbuat dari ramuan herba tulen yang HALAL dan berkesan dalam memberikan tumpuan terhadap masalah kesihatan sendi, lenguh dan lesu. Selain itu lenguh lenguh makin kurang terutama dalam pergerakan solat.
Produk Himalaya Joint Wellness ini boleh membantu kita untuk mengelakkan sendi kita rosak. Ia boleh membantu kesakitan artritis dan membantu sendi kita dari sakit kepada kurang sakit secara berperingkat.
Himalaya Joint Wellness

Ini kawan aku, dia dalam latihan berat untuk menjadi inspektor, dia sendiri pun menggunakan produk ini kerana ingin menjaga lutut sebab takut ada berlaku apa apa ketika latihan nanti, lagipun dia baru kahwin, takkan muda muda nak bagi rosak lututkan, tak "bekerja" lah kawan aku ni nanti, hahaha
Benda baik, kita kongsikan, aku suka satu ungkapan dari Aman RA :
Rasa syukur cukup makan minum pagi petang
Masa lapang jumpa kengkawan dan berketawa
Hujung minggu jalan-jalan bersama keluarga
Apa yang aku boleh simpulkan ungkapan Aman RA diatas, sebagai seorang lelaki, tanggungjawab mencari nafkah itu penting, dalam kita mencari nafkah, kesihatan kita perlu jaga demi masa depan, MASA DEPAN seperti boleh bagi cukup makan minum pakai tempat berteduh untuk keluarga, Boleh meluangkan masa bersama sanak saudara, kawan kawan dan paling utama masa bersama Keluarga tercinta!
Macam Mana Nak Dapatkan Produk Himalaya ini?
Kalau korang nak, korang boleh dapatakan produk Himalaya Men Wellness dan Himalaya Joint Wellness di mana mana Butik HImalaya, Watsons, Guardian. Korang juga boleh cari dalam aplikasi Shopee secara atas talian atau di laman sosial media Himalaya Malaysia:
Instagram :
Facebook :
0 comments