Penginapan Percuma dari Mcdonald untuk Pesakit Pediatrik di HUSM, Kubang Kerian!

kredit to : Mcdonald Rumah Ronald McDonald (RMHC) yang ditubuhkan dibawah Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald (RMHC Malaysia) d...

kredit to : Mcdonald

Rumah Ronald McDonald (RMHC) yang ditubuhkan dibawah Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald (RMHC Malaysia) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian, Kelantan adalah hasil sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat. Rumah penginapan ini merupakan satu keperluan kepada keluarga pesakit pediatrik bagi meringankan beban yang ditanggung terutama beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.



kredit to Mcdonald Malaysia
Aku telah di jemput oleh pihak RMHC sekali lagi ke Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. YB Dato’ Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira dan berterima kasih di atas inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia yang mana ia merupakan salah satu konsep kebajikan yang bagus. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani sesi rawatan yang berpanjangan dan ia bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di bandar Kota Bahru ini.



kredit to Mcdonald Malaysia
RMHC ditubuhkan di Hospital USM kerana terdapat keperluan yang amat tinggi di mana ia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Seiring dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur. Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain. Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald ini turut dihadiri oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang memaklumkan bahawa kewujudan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini mampu mempercepatkan proses pemulihan pesakit-pesakit pediatrik terutama dengan sokongan dari segi fizikal dan emosi. Ia boleh memberi satu kesan positif bila ahli keluarga berada dekat dengan pesakit sepanjang proses pemulihan.



kredit to Mcdonald Malaysia

Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “RMHC Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kita dapat menepati janji RMHC iaitu ‘Keeping Families Close’ atau memastikan famili sentiasa dekat bersama melalui kemudahan Rumah Ronald McDonald ini.” 

kredit to Mcdonald Malaysia


Ringkasan Rumah Ronald McDonald?

Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) membina Rumah Ronald Mcdonald untuk memberi kemudahan penginapan sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. RMHC Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan asas rumah yang meliputi kos 4juta untuk keselesaan keluarga pesakit kanak-kanak  seperti 18 buah bilik tidur keluarga berhawa dingin, ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain daripada itu, Rumah Ronald McDonald di sini juga mempunyai Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.

Bilik Sensori RMHC

Bilik Sensori RMHC

YB Dato Nik Amar meninjau kawasan RMHC HUSM Kubang Keria

YB Dato Nik Amar bersama Pengurusan RMHC Malaysia


Kita, Rakyat Malaysia mampu menyumbang ke Tabung kecil ini sebagaipelanggan McDonald’s di setiap restaurant Mcdonald di Malaysia. Dengan bantuan ini, RMHC Malaysia dan kita semua dapat meringankan beban kanak-kanak yang memerlukan sumbangan dan juga keluarga pesakit kanak kanka. Semoga dengan sumbangan ikhlas anda semua, pihak RMHC Malaysia dapat membina lebih banyak lagi Rumah Ronald McDonald (RMHC) di Malaysia.




Nota Tambahan: Selain korang memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh Negara. Korang boleh bagi sumbangan melalui atas talian bank. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan di rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation maklumat lebih lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald di rmhc-malaysia.my. Atau jika ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh juga menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.



You Might Also Like

0 comments