AmanzNetwork
general
GitumotionStudio
Kelab Blogger Ben Ashaari
Kelantan
KotaBharu
MonalizaMastura
Kursus Youtuber : Aku baru tahu industri YouTube ini luas!
6:51 AMAssalamualaikum w.b.t
Hari ini aku menghadiri kursus menjana pendapatan daripada Youtube, ia di buat khas untuk rakyat Kelantan untuk explore lebih mendalam tentang industri YouTube. Program hari ini di jalankan di Jabatan Pembangunan Wanita Kelantan pada jam 8.30 pagi (pendaftaran) sehingga 6.30 petang (sesi kedua program). Program ini ada dua sesi, iaitu sesi teori pada waktu pagi dan sesi petang untuk pembelajaran secara teknikal mengenai recording, editing menggunakan apps quik dan sesi pembentangan video secara berkumpulan.
![]() |
Kredit Gambar : Gitumotion Studio |
Speaker program ini adalah daripada Asraff Jeffery yang mana menceritakan tentang teori dan juga mengajar secara praktikal dalam kursus ini. Secara amnya, baru aku tahu pasal YouTube dalam program ini, secara ringkas, jika anda ingin menjana pendapatan melalui YouTube anda boleh mulakan dengan video video content secara general,seperti ayam McDonald 3x Spicy ke, Maggie pedas challenge, kehidupan seharian ataupun komen anda apa jua tentang isu isu yang anda minat, aku dan perserta lain diberi nasihat untuk buat video video pendek dahulu secara general.
![]() |
Kredit gambar : Gitumotion Studio |
Selain itu, kami juga belajar secara praktikal bagaimana ingin edit video secara molek dan juga belajar tentang beberapa software seperti quik, adobepremier, davinci resolve dan lain lain lagi. Secara keseluruhan, nampak apa yang ada di depan mata, mungkin aku cuba buat video secara general dahulu baru fokus kepad niche yang aku nak. Btw, dalam kursus ini juga ada team production Gitumotion Studio dimana ia menjadi hub kepada rakyat kelantan untuk belajar tentang videographer, editing, secara percuma. Hasil video aku dibawah bersama Yusran dan Azim
Finally, aku rasa bayaran dengan content dalam kursus ini berbaloi sangat sebab ilmu yang di ajar dari A to Z, dan aku suggest korang follow Abe cerah untuk mempelajari ilmu di FB beliau, dan aku ada dengar kursus ini akan ada lagi di Kelantan! so, kalau korang nak tahu bila tarikh nya, korang tunggu jer aku up di fb aku, dan kena follow aku di social media aku dan juga sedekah subscribe di channel youtube aku deh!
![]() |
Kredit gambar #AbeCerah |
5 comments
Bila lagi adakelas ni..Saya nak join
ReplyDeleteAssalam, saya nk join.
ReplyDeleteTuan boleh follow FB Tuan Asraff Jeffery atau YouTube Channel Monaliza Mastura
DeleteHi, can I get yr email
ReplyDeletewzfadhlandotcom@gmail.com
Delete