Rumah Ronald Mcdonald : Kebajikan kepada pesakit pediatrik

wzfadhlandotcom Alhamdulilah, Allah telah memberi peluang pada aku untuk berbakti dari segi kesedaran tentang kemudahan kesihat...



wzfadhlandotcom


Alhamdulilah, Allah telah memberi peluang pada aku untuk berbakti dari segi kesedaran tentang kemudahan kesihatan yang boleh diguna pakai oleh semua masyarakat. Kemudahan apa tuh? Kemudahan Rumah Ronald Mcdonald yang ditubuhkan dibawah Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald (RMHC Malaysia).


Apa itu Ronald McDonald House?


Ronald McDonald House adalah satu usaha dari pihak Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) untuk memberi kemudahan kepada kanak-kanak yang sakit menginap di rumah kebajikan ini. Istimewa rumah kebajikan ini adalah tiada tempoh bilangan hari yang ditetapkan dan ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas rumah seperti dapur, mesin basuh, tv, tempat bermain, bilik yang dilengkapi dengan 2 katil dan tandas serta dilengkapi bilik penghawa dingin dan caj yang dikenakan serendah RM5 sehari ataupun percuma bagi pesakit yang layak. Bagaimana nak berdaftar di Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM? Jom terus membaca. Korang dah tahu bahawa yuran dikenakan setiap hari adalah RM5 semalam tetapi ada beberapa syarat yang korang kena tahu sebab syarat ini membolehkan pesakit-pesakit yang betul- betul memerlukan dapat menggunakan kemudahan ini :

v  Pesakit mesti berdaftar sebagai pesakit di Hospital USM Kubang Kerian sebagai pesakit pediatrik sahaja
v  Pesakit Pediatrik mestilah berumur 18 tahun ke bawah sahaja
v  Pesakit Pediatrik mesitlah bermaustatin di luar kawasan Kota Bharu bukan dalam kawasan Kota Bharu
v  Pesakit mesti mengisi borang dari ward pediatrik
v  Setelah mengisi borang, wakil boleh terus menghantar borang ke bahagian Kebajikan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
v  Pihak Kebajikan HUSM akan menilai sama ada pesakit dan keluarga layak atau tidak untuk berada di Rumah Ronald McDonald
v  Selepas sesi menilai, Jabatan Kebajikan Perubatan HUSM mendaftarkan pesakit di Rumah Ronald McDonald



kredit : Mcdonald Malaysia


Menurut Presiden RMHC & Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, En Azmir Jaafar, Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan adalah untuk memnuhi keperluan pesakit di HUSM yang mana HUSM menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Tambahnya lagi, RMHC ini dapat membantu pesakit dan keluarga dari segi kemudahan penginapan dan juga emosi sokongan daripada keluarga pesakit yang menemani pesakit.


Profesor Datuk Dr. Asma Ismail sedang memberi ucapan


YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia berucap ketika Majlis Pembukaan RMH di HUSM, Kubang Kerian “Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.” 

Kemudahan kebajikan ini boleh digunakan oleh anak- anak bawah umur 18 tahun kebawah yang mana mereka akan mendapat rawatan di hospital- hospital berdekatan. Untuk makluman korang, RMHC yang pertama ini telah pun di bina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990 dan aku berpeluang untuk bersama dengan RMHC ini bergotong royong (pada 22/06/2019) untuk membersihkan kawasan Rumah Ronald McDonald yang kedua dibina di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.



En.Nasril dari McDonald Malaysia

kredit McDonald Malaysia

kredit McDonald Malaysia

Petugas sedang membersihkan jalan


  
RMHC ini dibina dengan kos bernilai 4 juta yang mana ia dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur serta ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain daripada itu, pihak RMHC ini juga menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.

Bilik Sensori 

Bilik Sensori


Selain itu, pada hari bergotong royong, pihak RMHC dan juga HUSM mengadakan beberapa aktiviti seperti mengemas bilik pesakit, solat hajat, bacaan al-quran disebelah malam dan juga ada program penanaman pokok untuk menceriakan kawasan RMHC.

kredit McDonald Malaysia

View Bilik RMH

Sebahagian Penaja yang menaja Bilik pesakit di RMH

Pn.Lee May Yin sedang mengemas bilik pesakit

Wakil KBBA9 Cik Nor



Untuk pengetahuan korang, pembinaan Rumah Ronald McDonald direalisasikan hari ini dengan sumbangan RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia, rakan-rakan niaga yang mana ada di kalangan rakan- rakan niaga menaja bilik di Rumah Ronald McDonald ini sepanjang ia beroperasi. Ini memudahkan kepada pesakit dan keluarga untuk tidak mengeluarkan wang untuk menginap di RMHC ini.

Tabung McDonald


Korang perasan tak gambar tabung diatas? Ini merupakan salah satu cara kita sebagai pelanggan McDonald’s membantu pembinaan RMH dan juga pesakit- pesakit. Bagi aku ini adalah salah satu cara kita membantu mereka yang memerlukan dan marilah kita mulakan dengan setiap baki pembelian makanan di McDonald’s, kita sumbangkan ke dalam tabung ini, mana tahu dengan baki wang kita,akan meringankan beban pesakit-pesakit di seluruh Malaysia dan dengan harapan pihak RMHC dapat membina lebih banyak Rumah Ronald McDonald di seluruh Malaysia. Bagi yang suka membeli secara pandu lalu, aku suggest korang masukkan syiling di lubang kecil dekat kaunter pembayaran, itu merupakan tabung untuk korang sumbang ketika membeli secara pandu lalu!!


kredit google

Alhamdulilah, usaha ini amat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia dan ia lebih bermakna sebab perasmian Rumah Ronald McDonald ini d rasmikan pada hari jadi aku iaitu 23 June 2019. Tarikh ini aku sematkan dengan sebagai ingatan untuk aku terus berusaha dan terus menyumbang kepada masyarakat walaupun ia kecil tapi besar makna pada semua yang memerlukan.



Nota Tambahan: Selain korang memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh Negara. Korang boleh bagi sumbangan melalui atas talian bank. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan di rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation maklumat lebih lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald di rmhc-malaysia.my. Atau jika ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh juga menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.

You Might Also Like

3 comments

  1. k.nor rasa mcm nak dok cni jgk la..selesa.. Tahniah RMHC

    ReplyDelete
  2. thniah malaysian, dengan sumbangan korang rumah ini mampu terbina. tak kisah berapa pun amount yang disumbangkan namun hasil tetap terbaik.

    ReplyDelete