Nak Kenal Keluarga Bakal Mertua Lebih Rapat? Jom Berbuka di Hotel Perdana!

Kita sudah 2 hari berpuasa kan?Ya ALLAH cepatnya masa...Bila tiba bulan ramadhan bazar ramadhan mesti meriah terutama di Kelantan..dengan a...

Kita sudah 2 hari berpuasa kan?Ya ALLAH cepatnya masa...Bila tiba bulan ramadhan bazar ramadhan mesti meriah terutama di Kelantan..dengan ada bazar ramadhan, ramai cuba mencari wang lebih untuk persiapan raya dan juga untuk membantu ekonomi masing masing. Setiap kali ramadhan, sudah pasti kita semua kongsi gambar makanan dalam whatsapp group yang paling seronok adalah berbuka ramai ramai sangatlah seronok, mungkin keberkatan ada disitu.

Hotel Perdana mungkin boleh jadi destinasi berbuka secara beramai ramai sama ada berbuka dengan family, dengan kawan kawan atau mungkin anda boleh jadikan tempat untuk bertemu dengan keluarga bakal mertua buat pertama kali. Haa buka puasa dekat hotel kau...hahaha



Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi berkata Hotel Perdana membuat sistem pergiliran untuk 6 hari pusingan dimana terdapat 150 sajian dari seluruh Malaysia berkosepkan arab,indonesia dan thai. Berbeza dengan Souq Ramadhan Hotel Perdana tahun lepas, tahun ini Hotel Perdana menyediakan makanan Soft Bun Chicken with condiments, Kebab, Wantan Dumpling Soup and Condiments dan banyak lagi. Ada banyak makanan, yang mana nak tackle bakal keluarga mertua, cuba tanya pasangan, bakal keluarga mertua suka makan apa, mana tahu bapa mertua nak hirup lemak gearbox kan..hahaha.




Cuba korang teka, kalau setiap kali Hotel Perdana mengadakan Souq Ramadhan, makanan apa yang aku cari? haaaa....Sup Torpedo lah, Sup Torpedo dekat Hotel Perdana nih memang power babe, Sup dia punya pekat masyAllah, perut aku sahaja yang boleh bagitau, haha.....


Pada tahun ini, untuk bahagian sup di Souq Ramadhan Hotel Perdana, pihak hotel menyediakan sup belut, sup kambing, sup ayam, sup perut dan sup daging tetel selain daripada sup torpedo power. Selain daripada itu makanan berkonsepkan nasi seperti nasi mendy, nasi mendy kambing dan ayam turut disediakan. 


Selain daripada itu terdapat pelbagai hidangan pencuci mulut yang ada di Souq Ramadhan Hotel Perdana antaranya Sago Gula Melaka,Creme Caramel, Tapai ubi dan lain lain lagi. Selain itu, ulam-ulaman serta makanan berkonsep kerabu juga disediakan di Souq Ramadhan kali ini.







Apa macam terliur tak? haha...Selain itu aku nak beritahu kenapa Hotel Perdana sesuai untuk jumpa keluarga bakal mertua? salah satu sebab adalah tempat makan ia sangat cantik sebab meja makan untuk ramadhan kali ini disediakan di tepi kolam dibawah kemah yang di payungi lampu lampu yang romantik. Selain itu harga untuk satu kepala sangat murah kalau nak dibandingkan dengan makan di tempat lain iaitu Rm85 nett seorang dengan sajian 150 jenis sajian dan diskaun sebanyak 50% diberikan kepada kanak kanak berumur dari 4-12tahun.



Selain daripada itu, Hotel Perdana juga memperkenal konsep membeli sambil menderma dimana setiap RM1 akan diambil dari setiap pembelian untuk diderma kan kepada golongan yang memerlukan.

Macam mana dengan tempat solat? jangan risau, pihak hotel menyediakan tempat untuk solat terawih yang diimamkan oleh imam jemputan dan sebelum berbuka puasa, pihak hotel juga menjemput imam untuk mendengarkan bacaan ayat ayat al-quran bermula pada jam 6.45 petang. Masa ini yang lelaki bolehlah ajak bakal pak mertua sembahyang berjemaah, gituuuu..hahaha

Pada tahun ini pihak Hotel Perdana meneruskan berbuka secara privasi berkumpulan (minima 50 orang) yang mana pihak hotel menyediakan dewan berkapasiti 50 orang dan ke atas, dan yang pasti harga bagi setiap orang adalah berlainan iaitu Rm65nett. Selain itu anda juga boleh menempah dewan untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dengan harga yang sama iaitu Rm65nett. Sebarang tempahan untuk perkhidmatan katering untuk sebarang majlis dan acara anda boleh hubungi Jabatan Jualan di 09-745 8888 atau faks 09-758 8855. Amacam, tempah sekarang!

Gambar dibawah makanan yang aku ambil dan yang pasti sup torpedo menjadi idaman kalbu! aummm haha 



Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke



You Might Also Like

4 comments

  1. menu menarik dan harga pun berbaloi...nak bagitau kengkawan kat Kelantan gak ni

    ReplyDelete
  2. kemain erk ajak keluarga mentua..bila nak berbuka bersama tu.? hihi.. tapi lauk pauk dia memang sdap sgt. nak tambah tp segan la plk..haha

    ReplyDelete