Perdana Street Food Kembali Dengan Makanan Klasik & Elegan!!

Tahun ini sekali lagi Hotel Perdana menyemarakkan program makan makan dengan kembali nya program "Perdana Street Food" yang baru...


Tahun ini sekali lagi Hotel Perdana menyemarakkan program makan makan dengan kembali nya program "Perdana Street Food" yang baru sahaja di lancarkan pada 15/3 baru ini di Hotel Perdana kota bharu, Kelantan. Jika tahun lepas Perdana Street Food lebih kepada makanan fusion, klik link di bawah



Perdana Street Food kali ini menampilkan kelainan dari segi makanan. Seperti aku beritahu bahaw tema makanan tahun lepas bertemakan fusion kali ini pihak hotel perdana menyediakan sebanyak 16 gerai di sediakan dengan pelbagai makanan yang bertemakan klasik dan elegan. Setiap masakan yang disediakan diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi bersama team chef yang cukup hebat.





Ok, masa aku attend program ini, aku cuba nak cari dessert sebab di kelantan, makanan utama kami adalah Nasi. Dan yang paling aku teruja apabila melihat dessert yang sangat unik dan menarik. Antara menu dessert yang aku ambil adalah Fried Bread Stik Ball, Puffle Cones, Tutti Fruity Yougurt dan Lady Fingers Tiramisu Cheese. Korang jangan terliur pulak tengok gambar makanan nih, hehehehe


  

Selain daripada dessert ada jer makanan lain, macam roti tempayan yang ada dua jenis, cheese dan biasa bersama kuah kari kambing dan ayam. Selain itu ada beberapa jenis ikan yang boleh di masak dengan beberapa cara seperti masa sambal petai, boleh di bakar. 




Selain itu mana mana peminat makanan korea juga ada di sediakan seperti Fried Hot Prawn Ramen, Kimchi Fried Rice Prawn dan Kimchi Fried Rice Beef. Bagi menghancurkan diet korang lagi, Perdana Street Food juga menyediakan makanan itali seperti Lasagna, Spaghetti Cabonara, dan lain lain lagi.


Kalau nak carita semua macam tidak adil pula, haha..korang mesti datang merasa sendiri makanan di Perdana Street Food kali ini. Bagi yang baru sahaja nak pergi, aku ceritakan sedikit cara nak order makanan disini, Korang akan diberikan kertas yang ada menu menu Perdana Street Food berserta harga, korang tick dan korang akan dapat coupon makanan korang itu dan sebelum ambil coupon tu bayar dulu deh, hahaha. 

Perdana Street Food ini bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam selama sebulan dari 15/3/2019 sehingga 15/4/2019




Harga?Jangan risau, harga yang ditetapkan untuk rakyat marhaen dan mampu bayar! Jom ala serbu Perdana Street Food. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Laman web : https://www.hotelperdanakotabharu.com/
Facebook : https://web.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : https://www.instagram.com/hotelperdana_kotabharu
Tel : 09-7458888
Fak : 09-7488855



You Might Also Like

0 comments