Nak Berhenti Kerja? Berhentilah Dengan Elok

Haa belum tidur lagi nih, pagi karang nak bergerak awal ke Pulau Perhentian...nanti kena marah sebab lewat nanti, hahaha... Takpelah ...

Haa belum tidur lagi nih, pagi karang nak bergerak awal ke Pulau Perhentian...nanti kena marah sebab lewat nanti, hahaha...



Takpelah entry kali ini pendek sahaja, nak berkongsi sesuatu bab rezeki, hari ini dapat panggilan yang ada nak berhenti kerja sebab menerima kerja yang lebih baik, bab ini aku tidak pernah nak sekat mana mana ada yang nak berhenti bagi aku mungkin rezeki dia lebih baik di sana, dalam bab ini, boss aku sentiasa ingatkan, kalau kita ambil orang bekerja dengan baik, biarlah kita lepaskan mereka dengan baik. alhamdulilah, hari ini, salah seorang dari kami ingin berhenti awal tetapi di nasihatkan untuk berhenti secara baik, makna biarlah dapat gaji penuh, seseorang ini aku boleh klaifkasikan seorang yang baik dan bekerja dengan ikhlas tetapi disebabkan kesihatan, seseorang ini terpaksa berhenti dan ingin memulakan kerja kampung.



Apa yang aku boleh simpulkan, kalau kita masuk kerja dengan baik mana mana tempat, kita buatlah sehabis baik, dan jika menerima tawaran yang lebih baik, bawa berbincang dengan boss kita, sebab rezeki boss kita dikongsikan dengan kita melalui gaji yang kita terima. Kita keluar dengan cara yang baik dan terhormat supaya di depan hari mana kita tahu, mungkin kita pula boleh ceburi bidang 9/10.



Oklah..nak tidur nih, esok nak ke Pulau Perhentian,


You Might Also Like

0 comments