Dah lama tak menaip, malam ini nak cerita...............

Weeee Sudah lama tidak menaip di blog nih....masa terluang diguna untuk kejar dunia nyata sebab itu blog ini makin berhabuk, sibuk deng...

Weeee

Sudah lama tidak menaip di blog nih....masa terluang diguna untuk kejar dunia nyata sebab itu blog ini makin berhabuk, sibuk dengan dunia bersama family, dunia bersama kawan kawan, mempelajari dunia nyata lebih mendalam..

Apa e nak di kongsi malam ini? Banyak tapi aku lebih suka becerita tentang hidup....


Kalau ikutkan, kehidupan kita semua ini ada persamaan, cuma bagaimana kita ingin selesaikan persamaan itu...Contoh, ada isteri yang baik dimadukan, ada suami yang baik di curangnya oleh isteri, ada lelaki yang baik, ada perempuan yang baik, ada kawan yang lama makan kawan, ada mengaku kawan lama tapi dibelakang mengutuk, dan lain lain

Kalau diikutkan perasaan, pasti semua akan selesai tetapi selesai dengan cara tidak baik, aku belajar sesuatu dalam 2 3 bulan ini bagaimana lihat orang berkahwin, bagaimana lihat ada orang berusaha nak kahwin, kalau ikutkan masalah mereka semua telah diceritakan dalam media sosial sebab ramai bercerita masalah dalam media sosial tapi tiada penyelesaian....



Soal berkahwin ini bukan mudah bagi setiap pasangan, ada yang baru kahwin, sudah berjauhan kerana suami mahu membina masa depan lebih cerah, ada lelaki tengah struggle untuk kumpul duit untuk berkahwin tapi sentiasa duit tidak cukup, masalah ini kalau dilihat dengan mata kasar manusia memang senang nak selesaikan tetapi orang yang melalui lebih terseksa untuk harungi semua benda ini..Jadi sebagai langkah selamat, aku sentiasa memilih jalan yang selamat, yang kurang risiko, contoh niat aku nak berkahwin nih memang lama sangat dah, yerlah umur makin tua, tetapi walaupun aku masih belum ketemu jodoh, aku tetap simpan wang, cuma aku bagitahu dulu, aku duduk dengan family aku, jadi mungkin itu satu kelebihan bagi aku untuk aku simpan wang, dan yang aku luahkan ini bukan nak suruh korang ikut tetapi nak bagi tahu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, 



Sambung cerita aku, aku mula simpan duit selepas setahun aku bekerja, bekerja dengan gaji rendah tapi aku kuat membazir sampaikan aku tiada simpanan dan masuk tahun kedua, aku mula menyimpan sedikit demi sedikit dengan asal niat nya aku ingin kahwin tapi setiap tahun itu lah tak kahwin ke sudahnya aku, cuma aku rasa gembira dengan duit aku simpan aku boleh beli barang kehendak aku, kamera, lens, telephone, PC, travel dan lain lain lagi.



Aku merasai nikmat duit ini walaupun aku memang niat simpan untuk kahwin..kat sini nak cerita bukan nak suruh korang ikut simpan duit macam aku, sebab aku tahu lain orang lain masalah, tapi macam aku cerita lah, setiap kali ada masalah, carilah jalan penyelesaian....

Tapi niat nak kahwin itu tak pernah terputus cuma mungkin aku banyak jumpa dengan orang yang tak sesuai dengan kehidupan aku...insyALLAH aku akan terus berdoa untuk jodoh ku.

You Might Also Like

0 comments