A6000
general
Kota Bharu
Makanan
pemakanan sihat
review
Sony Camera
surya chlorophyll
Sayur! Sayur! Sayur! Tak Suka Sayur Minum Surya Chlorophyll!
5:11 PMSayur? Siapa nak makan sayur tanpa di masak dengan gula, garam, minyak kan? Dan makanan ruji rakyat Malaysia tentunya bukan sayur, termasuk lah aku yang susah nak mencari makanan bercampur sayur yang "pior". Bahkan bukan senang nak makan sayur tanpa di masak atau di stimkan.
Sayur adalah makanan wajib!
Dengan cara pemakanan aku tidak sempurna dan tidak sihat walapun aku pergi gym, aku kena wajibkan sayur sebagai makanan ruji aku untuk perut tercinta. Sebab sayur sayuran mampu memberi sistem penghadaman perut aku menjadi lebih baik daripada sistem penghadaman yang tidak baik!
Klorofil SURYA minuman wajib!
Aku ingin kongsikan bahawa air klorofil ni sedap! Aku beli yang berperisa Laici sebab aku penggemar laici. Warna air ini berwarna hijau lumut dan aku pasti semua klorofil warna hijau lumut dan rasa ia, mula mula rasa tak sedap, sekali cuba pasti nak lagi sebab rasa klorofil campur laici! Ada 2 pilihan rasa Laici atau Peach yang sedap dan senang dibancuh, tapi korang pilih yang perisa laici eh! haha
Mesti korang tanya, minum terus macam tu ke? Taklah, kalau korang nak bagi sedap lagi, campur dengan air sejuk! Korang tuang air klorofil dalam satu penutup botol dan masukkan dalam air sejuk, dan kacau, jadikan ia minuman harian korang! Pasti ia memberi kesegaran pada korang!
Sesiapa yang ingin kan kecantikan semula jadi, kulit nampak natural, hilangkan masalah kesan parut jerawat, yang susah nak makan sayur, bau mulut dan badan yang busuk bolehlah jadikan SURYA CHLOROPHYLL ini sebagai jalan alternatif untuk perkara-perkara yang aku sebut tadi.
Kanak-kanak biasanya mereka susah nak makan sayur, jadi SURYA CHLOROPHYLL adalah jalan penyelesaian kepada anak anak mereka yang susah nak makan sayur! Kalau anak anak anda cuba sekali air klorofil ini, pasti mereka minta lagi!
**Kanak-kanak umur 4 tahun keatas dibolehkan minum SURYA CHLOROPHYLL
Apa Itu Surya Chlorophyll?
SURYA CHLOROPHYLL adalah minuman tambahan yang berasaskan sayur sayuran. Ia sangat sesuai untuk orang yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan orang yang sedang berdiet sebab SURYA CHLOROPHYLL ini membekalkan zat dan khasiat yang diperlukan oleh kumpulan perut kedepan (hehe).
SURYA CHLOROPHYLL ini ada dua jenis perisa tau, yang pertama perisa Lychee dan yang kedua perisa Peach. Sudah pasti aku memilih perisa Lychee sebab aku peminat Lychee ok, rasa dia enak dan bau dia ada bau lychee lah,,, haha.
Bagaimana ingin dapatkan SURYA CHLOROPHYLL ini?
Kalau set demo oghe Kelate, set demo buleh beli di Watson depe Billion, hok sederet dengan Hong Leong Bank, Jale Langgar. Sebab ambo beli situ aritu, Watson di KbMall xdop! hehe
Kalau korang nak senang tak nak bazirkan minyak kereta boleh beli secara online di Himalaya
Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang SURYA CHLOROPHYLL
Facebook : SURYA CHLOROPHYLL
Instagram : SURYA CHLOROPHYLL
2 comments
anak2 sy pun minum surya ni juga. Dorang suka sebab perisa laici hihi
ReplyDeleteMenarik untuk diri sendiri ni.
ReplyDelete