Nak Tukar Emosi Negatif kepada Motivasi Positif Bukan Mudah!

Assalamualaikum, Sudah lama nak menaip baru sekarang dapat masa nak menaip....Aku jarang menaip kerana kesibukan kerja di luar kawa...

Assalamualaikum,


Sudah lama nak menaip baru sekarang dapat masa nak menaip....Aku jarang menaip kerana kesibukan kerja di luar kawasan, kerja yang memerlukan aku bertugas di luar waktu kerja. Dan kerana Laptop aku rosak keyboard nya, kini aku kembali dengan PC...Takkan aku nak bawa PC ke sana ke sini...



Haih, berlalu sudah bulan Oktober 2018...Bukan satu bulan yang senang untuk aku lalui, setiap masalah berlaku tidak dapat di selesaikan dalam masa yang pendek, ia perlukan masa yang panjang...tetapi yang bagusnya aku sudah mulai berlari dalam mengejar cita cita untuk kurus..



Orang sekeliling bertanya pada aku, kenapa aku ingin kurus...apa alasan sebenar aku nak kurus? apa kah turning point aku untuk aku kurus...hahaha...mungkin tak perlu aku kongsi, cukup sekadar orang yang rapat dengan aku sahaja tahu kenapa aku ingin kurus....Buat masa ini aku hanya perlu letak motivasi aku di tempat yang tinggi dan motivasi yang aku dapat bukan senang kerana aku perlu tukar emosi negatif kepada positif, dan aku pasti ia bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat.....

Buat masa ini, cita cita aku nak kurus itulah impian utama aku, bukan kerana nak kurus sahaja, aku mahu terus sihat dan hidup lebih lama demi mama dan baba aku, bukan apa, sehingga kini, aku bersyukur masih lagi dapat menjaga mereka setelah sekian lama aku dulu merantau untuk dapatkan diploma hingga ke master....



Semoga aku terus istiqomah dalam perjuangan ini...

You Might Also Like

2 comments