CSR
Genral
mcdonald
Negeri Sembilan
Pakatan Harapan
McDonald's Malaysia menyumbang lebih RM300,000 kepada golongan kurang berkemampuan di Negeri Sembilan
4:46 PM
SEREMBAN,
31 Oktober 2018 - McDonald's Malaysia menyumbang lebih
RM300,000 menerusi pelbagai inisiatif yang diumumkan pada hari ini. Kesemua inisiatif ini bertujuan membantu golongan
kurang berkemampuan dan miskin tegar di Negeri Sembilan.
Inisiatif-inisiatif yang diumumkan pada hari
ini termasuklah sumbangan zakat, pelantikan individu dari golongan asnaf untuk
program perantisan McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” – di
mana lebih 1,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga miskin bandar
menerima pek “Kembali ke Sekolah” sebagai persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran
tahun 2019.
Kerjasama
antara pihak kerajaan dan syarikat perniagaan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr
Razali bin Ab. Malik merupakan tetamu kehormat bagi program komuniti ini.
“Sememangnya kerajaan amat
mengalu-alukan penganjuran program seumpama ini. Inisiatif McDonald’s Malaysia
dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) menerusi pelaksanaan
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) secara tidak langsung menyumbang ke arah
merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mendukung aspek kesejahteraan
rakyat, bersesuaian dengan tema Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Bersih.Muafakat.Sejahtera,” kata Dr
Razali.
“Kerjasama erat antara sektor korporat
dan kerajaan negeri amat penting dalam usaha mencapai keseimbangan
sosio-ekonomi negara dan negeri. Penglibatan sektor korporat untuk turut berada
di barisan hadapan dan berada seiring dengan pihak kerajaan menggalas
tanggungjawab memastikan kesejahteraan masyarakat terbela jelas mencerminkan
keprihatinan semua pihak terhadap konsep perkongsian kemakmuran untuk dinikmati
bersama,” tambah Dr Razali.
Menurut Dr Razali, usaha untuk menangani
pelbagai isu yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik menjadi lebih
berkesan apabila pihak kerajaan, syarikat perniagaan dan masyarakat saling bekerjasama.
Sumbangan
zakat McDonald's
McDonald's Malaysia memenuhi kewajipan
zakatnya untuk Negeri Sembilan pada hari ini. Menurut Azmir, syarikat telah mengeluarkan
zakat sejak tahun lepas, memandangkan syarikat ini 100% dimiliki oleh umat Islam.
"Sebagai entiti perniagaan yang 100%
dimiliki oleh umat Islam, sudah menjadi tuntutan agama untuk kami membayar
zakat apabila tiba masanya. Zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan
dan ia adalah wajib sebagai umat Islam," kata Pengarah Urusan dan Rakan
Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar.
Program
perantisan McDonald's Malaysia
Program perantisan McDonald’s adalah
sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Pensijilan SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) merupakan
salah satu usaha daripada restoran khidmat segera ini untuk meningkatkan
piawaian pembangunan modal insan syarikat serta memupuk bakat baharu.
"Kami teruja mengalu-alukan
individu dari Negeri Sembilan untuk menyertai program perantisan kami. Tempoh
latihan adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan
praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja para perantis
lulus ujian penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak untuk bekerja
di restoran McDonald's. Selain itu, program ini juga membolehkan mereka untuk
mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Azmir.
Selain mendapat manfaat dari
penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga diberi elaun bulanan
sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Program "Kembali ke
Sekolah"
Majlis yang diadakan di
McDonald's Seremban Drive-Thru 2 juga menyaksikan penyerahan pek “Kembali ke
Sekolah” yang merupakan program tahunan
yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan
Ronald McDonald (RMHC). Lebih 1,000 kanak-kanak sekolah rendah dari Negeri
Sembilan telah menerima pek tersebut pada hari ini.
Program "Kembali ke Sekolah"
disokong oleh francaisi dan rakan-rakan perniagaan, dimana ia bertujuan menghulurkan
bantuan kepada lebih daripada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin
bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu untuk persediaan
memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian
seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah. Keseluruhan
sumbangan di bawah program "Kembali ke Sokolah" tahun ini dianggarkan
melebihi RM1.7 juta.
Menurut Azmir, program "Kembali ke
Sekolah" merupakan sesuatu yang cukup istimewa untuk McDonald's dan RMHC
kerana ia memberi bantuan kepada anak-anak sekolah rendah yang datang dari
golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.
“Kami berharap usaha ini akan membantu
mengurangkan beban kewangan keluarga yang terlibat dan memberi motivasi kepada
anak-anak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh
keyakinan. Hal ini amat penting kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara
kita. Semalam, kami sangat bertuah kerana YB. Dr. Maszlee, Menteri Pendidikan
telah hadir untuk majlis penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” di Kuala Lumpur,” tambah
Azmir.
Bulan Komuniti yang dianjurkan pada
bulan Oktober ini juga melibatkan restoran-restoran McDonald's di seluruh
negara yang memberi sumbangan kepada komuniti tempatan melalui lebih 170
program. Warga kerja restoran menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini
termasuklah membawa kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim untuk melawat
pelbagai tempat menarik seperti zoo dan taman rama-rama; lawatan ke wad
kanak-kanak di hospital; membersihkan rumah anak yatim sempena perayaan
Deepavali yang bakal tiba; dan meraikan kanak-kanak di restoran McDonald’s
sempena sambutan Hari Kanak-kanak. Kakitangan McDonald’s di ibu pejabat juga
tidak ketinggalan melakukan aktiviti melibatkan komuniti, dengan aktiviti
gotong-royong di dua buah sekolah pendidikan khas integrasi, menderma darah,
dan mengunjungi wad kanak-kanak pada pertengahan Oktober yang lalu.
Mengenai McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan
kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70
juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di
Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan
sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000
peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan
perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Latarbelakang RMHC Malaysia
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia
telah ditubuhkan pada tahun 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan
keuntungan dan ia juga merupakan salah satu daripada lebih 300 RMHC yang
terdapat di seluruh dunia. Ia bermatlamat untuk memberi impak positif dalam
kehidupan kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan menerusi
empat program utama – Rumah Ronald McDonald (RMH), Bilik Sensori Ronald
McDonald (RMSR), Gift of Smile dan Program
“Kembali ke Sekolah”. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rmhc-malaysia.my.
Untuk
pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Jacalyn Kow | Azwa Rahmat, LUMOS PR
+6012.961.8271 | +6011.1131.3106
jacalyn.kow@lumospr.net | azwa.rahmat@lumospr.net
0 comments