Souq Ramadhan Bakal Tiba!

Ramadhan Tiba, Ramadhan Tiba, Bila terdengar lagu ini, mengingatkan kembali bahawa kita ada masa 2 minggu lagi untuk menyambut kedatang...

Ramadhan Tiba, Ramadhan Tiba,

Bila terdengar lagu ini, mengingatkan kembali bahawa kita ada masa 2 minggu lagi untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia , Bulan Ramadhan! Setiap kali ramadhan, sudah pasti kita semua akan aktif dalam whatsapp group menghantar gambar makanan dan yang paling seronok adalah bercadang untuk berbuka puasa di mana kan? Bulan Ramadhan ni, kalau berbuka ramai ramai sangatlah seronok, mungkin keberkatan ada disitu.



Jadi untuk memudahkan korang, aku kongsi satu lokasi untuk berbuka iaitu di Hotel Perdana yang mana pada tahun ini Hotel Perdana menawarkan lebih dari 185 sajian yang bertemakan "Souq Ramadhan @ Perdana". Menurut Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi, Hotel Perdana akan membuat sistem pergiliran untuk 6 hari pusingan dimana terdapat 5 masakan kawah di sediakan seperti Kari kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Daging Salai masak Lemak mangga Muda. 


Best kan? Kari Kambing Gear Box fuh..kecur air liur kejap..haha

Hotel Perdana juga menawarkan pelbagai kuih muih tradisional serta pencuci mulut moden, ini adalah satu kelainan Hotel Perdana tawarkan kepada pelanggang mereka dan yang paling best adalah penyediaan kuih akok secara live dan anda boleh menikmati kuih akok panas panas.



kredit gambar : Hotel Perdana

Kalau korang nak tau masakan arab ada seperti Mendi Chicken dan Mendi Lamb ada di Hotel Perdana pada iftar ramadhan nanti dan yang paling best korang dapat menikmati berbuka puasa di tepi kolam..nak nak pada waktu senja kan, fuh...romantik sangat guys!




Cuba korang teka makanan apa dekat KL memang senang nak dapat, di Kelantan memang susah nak dapat? Semestinya makanan yang aku cari adalah SUP TORPEDO POWER, apa sup toperdo ini korang google lah, hehehe tapi khasiat dia memang ump, memang sangat power guys!



Di dalam sidang media hotel perdana, pihak hotel perdana menyediakan pakej untuk bersahur dari jam 3.30 pagi sehingga 5.30 pagi. Selain itu, korang tidak perlu risau tentang kebajikan logistik semasa bulan puasa, kerana bagi aku khidmat logistik mereka sangat hebat! Sebab pihak hotel menyediakan tempat untuk solat terawih yang diimamkan oleh imam dari jabatan agama islam kelantan dan untuk solat jumaat, pelanggang hotel disediakan bas untuk solat jumaat. Dan aku rasa, ini adalah hotel pertama yang aku pernah pergi menyediakan logistik untuk memudahkan kewajipan umat islam.

kredit gambar : Hotel Perdana

kredit gambar : Hotel Perdana

Selain daripada itu, Hotel Perdana juga membuat kelainan dari segi program kemasyarakatan di mana pihak hotel akan bekerjasama dengan ketua ketua kampung untuk memberi sumbangan kepada golongan yang betul betul memerlukan dengan memotong RM1 setiap pembelian di Hotel Perdana.

Tunggu apa lagi, korang boleh buat ajak kawan-kawan, keluarga, pasangan, siapa-siapa sahaja untuk merancang berbuka puasa di Hotel Perdana sebab puasa pun tak lama lagi, ada lebih kurang seminggu ja lagi..



Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke

Laman Web : www.hotelperdanakotabaharu.com

Facebook : Hotel Perdana Kota Bharu

Instagram : hotelperdana_kotabharu

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya kuih akok makan panas² waktu berbuka.... Tetiba rasa air liur ni mengalir lak. .
    HAhahaa

    ReplyDelete