Makanan Fusion paling unik di Perdana Street Food! Meleleh weh!!

Pada 14 haribulan 3 2018 , pada waktu petang aku mendapat panggilan daripada Hotel Perdana dimana mereka menjemput aku ke program Perdana S...

Pada 14 haribulan 3 2018 , pada waktu petang aku mendapat panggilan daripada Hotel Perdana dimana mereka menjemput aku ke program Perdana Street Food yang bermula pada 15 Mac 2018 sehingga 15 April 2018. Ini adalah salah satu perkara yang membuatkan aku gembira setelah beberapa minggu di selebungi kerja kerja kerja.

Perdana Street Food kali ini mengadakan program ini di Anjung Terrace di mana kawasan ini adalah kawasan yang sangat cantik kerana kawasan ini berada di tepi kolam mandi Hotel Perdana. Dan kalau korang ingin merasa makanan ini, korang boleh datang pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari!

Ajung Terrace
 (Kredit kepada pemilik asal gambar)

Apakah keunikan Perdana Street Food kali ini? Sememangnya unik berbanding Perdana Street Food 3.0 pada tahun lepas, jika tahun Hotel Perdana sediakan pelbagai sup yang melibatkan daging lembu dan ayam tetapi kali ini aku terasa teruja try diorang punya Soto Ayam! Kuah Soto Ayam sangat sedap dan orang Kelantan cakap "nyakut". 


Selain itu, Hotel Perdana juga menyediakan Dim Sum yang di datangi dengan 3 set pilihan dan aku memilih set 3! Dan Aku suggest kalau korang datang ke sini, tolonglah pilih Dim Sum, sebab kualiti Dim Sum yang disediakan sangat fresh dan di kukus dengan baik!

Dim Sum

Selain daripada itu, aku nak cerita satu item yang bagi aku ada keunikan tersendiri pada program Perdana Street Food kali ini iaitu makanan Fusion Style dimana aku memilih makanan yang agak pelik iaitu Sweet Pasta dan Crepe Suzette dimana makanan jenis macam ini sukar untuk dapat di Kelantan sebab itu aku kata ia agak unik dan pelik!

Sweet Pasta

Sweet Pasta

Crepe Suzette

Crepe Suzette


Setiap Street Food Event sudah pasti ada signature dish mereka tersendiri, so kali ini, Perdana Street Food memilih Char Kuey Teow dan Kuey Teow Kerang sebagai menu keutamaan. Aku memilih Kuey Teow Kerang sebagai menu utama aku pada malam ini kerana bagi aku keunikan keuy teow yang sangat halus dan tidak berminyak!

Kuey Teow Kerang

Bagaimana nak membeli makanan di gerai Perdana Street Food ini? Ok sabar yer sebab aku tahu korang tidak sabar nak merasa makanan di sini kan, Hotel Perdana menggunakan sistem yang sama iaitu mereka sediakan kertas untuk memesan makanan (boleh ddidapati di kaunter yang disediakan) dan selepas korang tandakan di kertas tadi korang pergi ke kaunter balik dan korang akan diberikan kupon (mengikut makanan yang korang pilih) dan terus buat pembayaran! Selepas itu, haa korang bagi jer kupon korang dekat mana manan gerai yang korang pesan makanan korang dan korang amik makanan korang dan cari tempat yang menarik untuk makan makanan korang!

Aku rasa setakat itu sahaja aku boleh cerita sebab aku nak korang datang dan rasa sendiri bagaimana Perdana Street Food kali ini! Dan jangan lupa kalau korang nak pergi sini ajak aku tau! hahaha

Selepas Makan kita bergambar terus!

Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke



You Might Also Like

3 comments

  1. wah
    seronoknya dapat rasa makanan sedap2

    ReplyDelete
  2. uniknyaaaa sweet pasta tu,bila la nak merasa dok hotel perdana ni heheheh nak kelik klate jugok ni tgh bulan 4 ni...

    ReplyDelete
  3. mmg sedap sgoti...tidak dnafikan..:)

    ReplyDelete