Kami dapat Bekam Free di Agro Resort!

Semalam sudah dapat makan makanan yang best, hari ini aku terbang ke setiu untuk program Kembara KBBA9 di Peladang Agro Resort, Setiu, Ter...


Semalam sudah dapat makan makanan yang best, hari ini aku terbang ke setiu untuk program Kembara KBBA9 di Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program kembara ini adalah program kedua untuk tahun ini bagi Kelab Blogger Ben Ashari selepas Kembara KBBA9 bermula di Tanah Aina Fahad

Aku bertolak ke setiu pada jam 1.30 petang dan singgah sebentar di pasir puteh untuk solat jumaat dan pada jam 2.10 aku sambung balik perjalanan aku ke Agro Resort.


Pada jam 3.15, aku tiba di agro resort dengan hati yang tenang dan jiwa tenteram. Aku ambil bilik 508 tau sebab boleh mengadap tasik setiap pagi. Dalam pada masa yang sama aku berpartner dengan blogger KBBA9 dari Nogori Semilan, Zarin, sebab aku dengan dia sudah bejanji nak duduk sebilik dan sembang pasal bola hahahaha.


First impression aku mengenai bilik yang aku ambil ini tidaklah rendah sangat sebab aku pernah dating sini, so bagi aku cukup selesa bagi orang yang suka suasana hutan, tetapi mungkin dari segi penambahan untuk lebih baik, pihak Agro boleh buat spot check kali kedua sebelum tetamu check in chalet. 


Katil di bilik Agro Resort
ruang beranda di bilik agro resort
tandas di agro resort

Selepas aktiviti “beriadah” seperti biasa kami memenuhi kehendak perut dengan hidangan ikan masak merah, sup ayam, sayur, dan telur goreng. Ada juga yang menikmati bubur kacang serta buah buahan. Tepat jam 7.45 semua pulang ke bilik untuk bersiap bagi sesi taklimat tentang agro resort oleh pengurus besar En Sanusi dan juga night trekking oleh Renjer bertugas.

Penerangan tentang Agro Resort oleh En sanusi

Kami memulakan night trekking selama 1 jam lebih dalam berkumpulan. Secara peribadi bagi aku aktiviti ini patut ada dalam list korang sebab trekking dia sangat mudah dan tidaklah jauh seperti yang aku sangka Cuma halangan dia sangat ok bagi orang macam aku. Dan menurut renjer, ada juga beberapa trek yang mencabar seperti masuk ke dalam gua, laluan ke atas bukit dan lain lain lagi.

Night Trekking KBBA9 di Agro Resort 
Night Trekking KBBA9 di Agro Resort
Bekam Free di Night Trekking KBBA9 di Agro Resort

Dalam pada team blogger KBBA9 ni menjalani night trekking, suasana happy go lucky wujud dalam team ke agro resort ini, hilang segala masalah dengan gelak tawa dan apa yang penting, kerjasama antara kami terutama proses buang pacat di tanah lapang untuk berehat, haha

So , masa dah dekat pukul 1, aku rasa mengantuk dah untuk hari ini di agro resort, aku sangat penat tetapi gembira dapat join dengan family blogger kbba9, walaupun baru first time jumpa.

Tak sabar nak ke laguna pulak esok! See ya




You Might Also Like

5 comments

  1. Untungnya dpt bekam free mcm tu... hehehe... best tgk tempat tu amannnn damaiii je

    ReplyDelete
  2. Haha baru nak marah kenapa tak tahu pun ada free service , rupanya kerjaan si pacat.

    ReplyDelete
  3. haha, xpe, buang drah ktor free tu...kat kL kne bayau. heee

    ReplyDelete
  4. hahahahha ! pacat macam tuu pun dah nauzubillah
    inikan pula kalau bekam lintah memang diletak lintahnyaaaa

    ReplyDelete
  5. pacat tu lah buat ai murung setahun kalau terkena bite tu.

    ReplyDelete