Berlabuh Tirai Di Peladang Agro Resort Setiu! Makasih Boh!

Hari terakhir...hari aku bangun lewat sedikit tapi tidak lewat sangat, jam 7 pagi ...mujur ada zarin yang tolong gerakkan aku. Pada awal pa...

Hari terakhir...hari aku bangun lewat sedikit tapi tidak lewat sangat, jam 7 pagi ...mujur ada zarin yang tolong gerakkan aku. Pada awal pagi, kami akan bermain "water confident" di sekitar tasik Peladang Agro Resort Setiu.


Bergambar dahulu dengan roomate Zarin
Sebelum aktiviti "water confident" di lakukan, kami diberi penerangan oleh Encik Naqib yang sangat sporting dan loyar buruknya,....Dan dalam penerangan aktiviti ini, En Naqib memberi penerangan macam mana nak apung kan badan dalam air dan juga teknik untuk berenang serta teknik ketika berada dalam keadaan geitr (iaitu pra-lemas).






Selepas penerangan diberi, kami diberi tugasan untuk masuk kedalam tasik untuk menguji kami dalam aktiviti "water confident"






Untuk sesi kedua aktiviti "water confident" Encik Naqib menyuruh kami terjun dari jambatan dan ia merupakan pengalaman yang menarik kerana kami pelajari macam mana ingin terjun kedalam air dengan cara yang betul.






Dan selepas aktiviti "water confident" kami meneruskan ke aktiviti terakhir iaitu bermain kayak! yang ini memang aku tak main weh, mana muat hahaha tapi aktiviti kayak ini best, korang dapat keliling tasik dengan keadaan tenang, yertlah kan tadikan dah belajar macam mana nak timbul dalam air kan..

  


Habis dengan aktiviti Kayak, kami semua terus ada sesi photography dengan En Naqib yang sempoi sambil ada beberapa sesi tangkap video oleh kak long tersayang.



Tepat Jam 12 tengahari kami semua berkumpul di restaurant untuk makan tengahari serta check out dari Peladang Agro Resort Setiu. Kami rasa sangat puas hati dengan layanan diberi oleh pihak Peladang Agro Resort Setiu dengan aktiviti dari hari pertama sehingga hari ke tiga. 

Dan bagi aku, aktiviti yang aku tak dapat lupakan adalah aktiviti hari kedua yang sangat mencabar fizikal aku dan alhamdulilah ternyata aku mampu buat dengan baik..insyAllah, aku akan kembali ke Peladang Agro Resort Setiu!







"Look deep into nature, and then you will understand everything better."




You Might Also Like

2 comments

  1. enjoyy dengan semua aktiviti di setiu agro resort ni

    ReplyDelete
  2. Yeayy bye bye hahaha... apasal gambar kakya cam tgh menggaru plak tu hahaha.. tu bukan menggaru okey tu tgh betulkan tali untuk ikatan tu hadoiii hudus benorr..

    ReplyDelete