Amboi Amboi, Sedap Makanan Laut Yang Fresh Di Laguna Agro Resort Setiu!

Yes! keletihan yang di alami semalam kian terasa di waktu pagi apabila kaki aku cramp tetiba, mujurlah aku prepare awal untuk aku sapu ubat...

Yes! keletihan yang di alami semalam kian terasa di waktu pagi apabila kaki aku cramp tetiba, mujurlah aku prepare awal untuk aku sapu ubat sejuk di betis aku. Pada awal pagi, kami disediakan breakfast yang sangat sedap iaitu nasi kerabu tumis. 




Haaa..nak tahu kenapa aku letak kain putih di atas kepala? selepas breakfast, kami semua ada program Flying Fox yang mana semua excited nak try termasuk aku, haa aku excited wehh , excited tengok orang main flying fox...hahaha....aku gerun dengan berat badan aku tak dapat nak tampung kekuatan tali tersebut. Bagi aku aktiviti ini sangat ok kalau ada para guru yang nak test keberanian para pelajar mereka terutama untuk kem kem pengawas atau kem badan beruniform. Sebelum kami semua bermian, kami diberi penerangan oleh En.Nik iaitu jurulatih flyimg fox yang didatangkan khas oleh peladang agro resort kepada kami.

Pada awal awal, mereka semua naik macam biasa sahaja, macam orang selalu naik Flying Fox tetapi kali kedua semua nak buat gaya superman, ini terbukti bahawa Flying Fox sangat menyeronokkan dan aku? haha aku dan zarin jadi photographer untuk mereka yang main flying fox. Video dibawah adalah rangkuman aktiviti flying fox di peladang agro resort.


Selepas siap bermain flying fox, kami semua bergerak ke Laguna Agro Resort Setiu yang terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Peladang Setiu Agro Resort dan korang boleh memandu kenderaan sendiri. Sesudah sampai di tebing sungai, kami semua menaiki bot dalam 5 - 10 minit untuk sampai ke Laguna Agro Resort Setiu ini.


Selfie dulu sebelum naik bot

Kami semua dah naik bot dan bersedia ke Laguna


Bersuka ria dahulu sebelum Encik Nik datang untuk bagi penerangan seterusnya
En Nik memberi penerangan sebelum aktiviti bermula

Laguna Agro Resort Setiu adalah lagun yang terpanjang di Malaysia yang kaya dengan makanan laut seperti lokan, tiram, kepah,dan kekapis. Laguna bertanah becah tetapi cantik dan korang akan rasa kagum dengan keadaan sekeliling. Selain itu, Keluasan laguna ini 880 hektar dan panjang nya adalah 26 km yang mana korang boleh lihat pokok bakau, pokok nipah dan pelbagai spesis kehidupan.


Aktiviti mencari lokan!


bergaya sambil mencari tiram

masa ini paras air sangat rendah

Ayu melepas kentut di dalam air, kami ketawa bak lagu Hael Husaini, 
Selepas aktiviti mencari lokan, tiram, kepah, dan lain lain, kami disediakan makan tengahari dan selain itu kami ada membakar sedikit hasil tangkapan kami di laguna, sedap makan makanan laut yang segar!





Dan selepas itu kami pulang ke Peladang Agro Resort untuk rehat dan bersedia untuk aktiviti malam iaitu aktiviti senaman suara! hahaha Karoke lerrr...Sambil berkaroke kami ada BBQ sebagai makan malam kami dan hasil tangkapan kami petang tadi kami bakar jer...

Ok secara keseluruhan aktiviti pada hari kedua ini sangat sangat best dengan bermain flying fox dan aktiviti di laguna adalah aktiviti yang sangat best! Aku yakin korang akan suka dengan aktiviti ini..Nanti kita bercerita plak pasal hari ketiga, hari terakhir kami yer..


ENTRY :

KAMI DAPAT BEKAM FREE DI AGRO RESORT!


AMBOI AMBOI, SEDAP MAKANAN LAUT YANG FRESH DI LAGUNA AGRO RESORT SETIU!




You Might Also Like

3 comments

  1. Yeayy bestnya makan makan bakar2 hehe.. kakya blh telan satu je pastu tanak dah hahaha..

    ReplyDelete
  2. woohoooo memang best....ayahji sporting osemm sangat

    ReplyDelete