Terima Kasih FBK! Jumpa lagi UniSZA!

2 hari lepas (rabu) bersamaan 17 Jan 2018, aku telah sampai di bumi Terengganu. Sudah lama aku tidak jejak kaki ke bumi Terengganu da...



2 hari lepas (rabu) bersamaan 17 Jan 2018, aku telah sampai di bumi Terengganu. Sudah lama aku tidak jejak kaki ke bumi Terengganu dan perkara aku merindui tentang Terengganu sudah tentu tempat aku belajar dahulu, UniSZA. Aku bergerak dari Kelantan pada waktu tengah malam sebab pada hari tersebut aku menyiapkan kerja kerja di ofis dan di tapak projek.

Pada waktu tepat jam 3 pagi, aku sampai di bumi Terengganu dan mengambil keputusan untuk tidak tidur di homestay tetapi tidur dalam kereta kerana mahu jimatkan masa supaya tidak terlewat ke UniSZA kerana aku dijemput sebagai ahli panel untuk program ceramah untuk para pelajar TESL.

Tepat 8.00 pagi aku masuk ke Kampus Gong Badak selepas selesai sarapan pagi di Mc Donald berhadapan dengan Masjid UniSZA. Aku terlalu gemuruh kerana sudah lama aku tidak memberi ceramah kepada orang ramai dan kali ini saiz audiens besar iaitu hampir 90 orang pelajar.

Program ceramah ini berlangsung selama 2 jam dengan di hadiri oleh senior aku zaman TESL Madam nabilah dan junior aku, En. Haifizi, fuh, berdebar sebab mereka berdua sudah berada di karier yang betul dan aura mereka berdua sangat hebat sehingga aku rasa rendah dari mereka.

En Hafizi, Junior TESL aku dahulu

Para Pelajar TESL

Dalam program ini berlangsung, aku berkongsi tentang kehidupan aku sebagai pelajar diploma TESL dan juga apa yang aku buat selepas habis belajar. Dalam pada masa yang sama, aku juga masih ingat kata-kata senior aku, Madam nabilah, beliau berkata bahawa dalam kehidupan ini kita mesti buat apa yang kita suka sebab hidup ini adalah hak kita, dari kata -kata itu buat aku lebih semangat untuk aku capai cita cita aku. En hafizi berkongsi tentang hubungan kita sesama manusia dalam konteks Cikgu dengan anak murid, kerana itu membantu perkembangan hidup kita.

Aku? Aku banyak bercerita tentang jangan mengeluh dengan kehidupan, aku sendiri lahir sebagai seorang yang gagal dalam pelajaran dan kehidupan dan aku mengambil masa yang agak lama untuk aku sampai ke tahap ini, dan inilah kehidupan sebenar kerana kehidupan bukan satu pelarian tetapi adalah satu perjalanan.

Setelah usai program tersebut, aku bertemu dengan beberapa pensyarah aku yang dahulu, dan aku masih gagap bercakap English depan mereka kerana aku kelu, haha.

Pada waktu tengahhari aku dan kawan aku check in homestay di D'Cottage Homestay yang viral hari tu. Aku check in sebab tubuh badan tak larat jadi aku perlukan katil empuk untuk rehatkan diri sebelum bertemu dengan sahabat aku.






Gambar di Restaurant Panorama


Sehari di Terengganu banyak beri ketenangan serta dapat juga lepaskan rasa stress kerja, InsyALLAh aku kembali berceramah jika di jemput.

See You Again UniSZA!

You Might Also Like

0 comments