Pizza percuma dari Domino's! Betul ke?

Bila sebut tentang Pizza, sudah mestinya Domino Pizza akan bermain di fikiran kita. Hari ini aku telah dijemput ke satu progragm anju...



Bila sebut tentang Pizza, sudah mestinya Domino Pizza akan bermain di fikiran kita. Hari ini aku telah dijemput ke satu progragm anjuran Domino Pizza Malaysia di mana mereka memberi 100 pizza percuma sebagai tanda terima kasih kepada pelanggang yang selama ini menyokong perniagaan Domino Pizza!

Pihak Domino Pizza memulakan kempen Jalan Jalan Cari 100 Pizza  ini dengan memberi 100 Domino Pizza di lokasi pertama iaitu di cawangan pengkalan chepa dan pada pagi ini, mereka melakukan program kemasyarakatan dengan memberi pizza percuma kepada anak anak yang teristimewa dimana kanak kanak yang kurang nasib baik dapat makan pizza yang lazat dari Domino Pizza.


Pada jam 2 petang aku sampai di Domino Pizza di cawangan kubang kerian sebagai lokasi yang kedua untuk program Jalan Jalan Cari 100 Pizza ini. Program ini dihadiri oleh para bloggers dari kelantan bagi meraikan bersama program tersebut dan Radio gegar juga bersama Domino Pizza untuk promosi program  Jalan Jalan Cari 100 Pizza.

Aktiviti pertama adalah menjamu selera pizza yang disediakan oleh pihak Domino Pizza dan sambil itu kami diberi penerangan tentang program ini oleh Puan Natalia, wakil dari pihak HQ Domino Pizza. Kami dijamu pizza dengan begitu banyak dan juga "sidedish" juga di sediakan untuk pihak kami.



Selain itu dalam program ini ada satu aktiviti untuk apra pelanggang dimana setiap 10 pelanggang akan dipilih unutk menarik cheese dari pizza dan yang paling panjang dikira pemenang dan akan diberi satu kad ahli vip Domino Pizza. Kad ini anda boleh menikmati diskaun pizza dengan kadar yang sangat best!

demo tarik cheese dari salah satu wakil Domino Pizza


Pelanggang cuba menarik cheese dengan baik dan berhati hati =)

Akak kita hebat dalam tarik cheese!

Bagi aku, program ini adalah amat baik untuk mana mana pemilik kedai khususnya para pengusaha "fastfood" untuk menganjur program bersama pelanggang supaya kami sebagai pelanggang dihargai oleh pihak pengusaha "fastfood". Program ini juga merapatkan lagi para pelanggang dengan pihak Domino Pizza! Tahniah kepada Domino Pizza!

orang ramai menunggu pizza dari Domino Pizza!

Program  Jalan Jalan Cari 100 Pizza ini bermula pada 13 Januari 2018 sehingga 3 Februari 2018 di lokasi lokasi yang terpilih, dan  untuk makluman lanjut korang boleh klik  Jalan Jalan Cari 100 Pizza untuk ke lama sosial Facebook Domino Pizza dan disana korang leh tengok lokasi lokasi program ini!



Selain itu korang boleh membuat pesanan melalui atas talian di DELIVERY DOMINO PIZZA (korang klik link tersebut untuk ke pesanan atas talian) atau korang boleh call Domino Pizza di 1300-888-333. Dan kalau orang ingin tahu apa jua promosi promosi dari pihak Domino Pizza , korang boleh lawat laman sesawang mereka di Domino Pizza.com (korang klik link ini).

Sekali lagi terima kasih kepada pihak Domino Pizza kerana sudi menjemput para bloggers menyertai program Jalan Jalan cari 100 Pizza!








You Might Also Like

9 comments

  1. Inilah salah satu dari taktik customer relationship yang berkesan untuk mengekalkan pelanggan.

    ReplyDelete
  2. bagus sangat idea pizza percuma ni, memberi peluang kepada mereka yang sangat memerlukan. terbaik donimo's!

    ReplyDelete
  3. Memang best..jrang2 fast food buat program gtu..harus di teruskan lg dimasa hadapan. Good job dominos pizza😊

    ReplyDelete
  4. Ya Allah tiba2 rasa nak berlati pegi cati dominos dekat depan ni. Gud job dominos sbb buat ptogram mcm ni

    ReplyDelete
  5. jahat sangat dia punya cheese tu.
    sedap weiii.

    ReplyDelete
  6. Waa dapnyer ayah aji g makan domino's.. kita pon suka sebab sedap hehehe..

    ReplyDelete
  7. Domino pizza memang loaded with cheese. Sebab tu suka sangat. Semoga usaha macam ni berterusan ..

    ReplyDelete
  8. Ciktie suka Domino ni sebab dia tak kedekut cheese. Sedap..sedap

    ReplyDelete
  9. Ramainya beratur nak makan dominos pizza

    ReplyDelete