Meminta minta menjadi satu Amalan...

Jam tepat pukul 2.19 pagi, hari selasa 16/1/2018....Aku masih lagi melelapkan mata sebab baru sudahkan kerja akaun dan operasi. Kebiasaan s...

Jam tepat pukul 2.19 pagi, hari selasa 16/1/2018....Aku masih lagi melelapkan mata sebab baru sudahkan kerja akaun dan operasi. Kebiasaan selepas kerja aku terus tidurkan diri tapi disebabkan ada bola pagi ini, aku akan terus berjaga.

gambar tiada kaitan dengan cerita

Kisah apa ek nak di kongsi arini? Oh ya, kisah sikap manusia yang sentiasa ada sahaja benda tidak puas hati dengan hidup. Sejak 2 minggu ini, aku boleh dikatakan berurusan dengan beberapa jabatan serta manusia manusia yang berpangkat tinggi dan ada darjat. Masing masing dengan tugas mencabar terutama apabila bertemu mata untuk membincangkan rezeki. Komunikasi bersama mereka adalah amat penting dalam perbincangan terutama nama panggilan, dan aku sentiasa di ingatkan untuk meletakkan diri aku dibawah mereka. Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar akan tetapi, ada juga beberapa ketika mereka sering meminta beberapa perkara untuk memuaskan hati mereka. Secara jujurnya aku bukan manusia sebegitu kerana aku tidak suka untuk berurusan dengan orang orang yang suka meminta minta lebih lebih lagi yang sudah diberi masih lagi meminta. 



Sama juga pada minggu ini aku didatangi pemuda pemudi yang sihat walafiat untuk meminta bantuan untuk menyara kehidupan dan aku nasihatkan juga supaya mereka bekerja walaupun sebagai tukang sapu sampah, aku ingatkan mereka akan datang sekali rupanya banyak kali datang dengan alasan yang berlainan sehingga memaksa aku bercakap dengan nada tegas...Bukan tidak mahu memberi akan tetapi mereka lebih muda dari aku, aku siap beri contoh kerja yang mereka boleh buat, kenapa aku bersikap begini? kerana ada waktu ketika, seorang daripada mereka yang selalu datang meminta bantuan terjumpa aku di bank ketika itu dia sedang keluarkan duit dari mesin ATM sebanyak RM400. Aku lebih suka memberi bantuan kepada makcik makcik yang berada dipintu masuk bank yang menjual makanan makanan sambil meminta derma, bagi aku golongan ini layak kerana mereka menjual dari pagi sehingga malam. 

Aku pernah di marah oleh beberapa orang kerana tindakan aku ini, tetapi aku tetap berpegang bahawa mereka mampu mencari rezeki lebih dari meminta ke sana sini. Dan aku juga belajar untuk menerima hakikat bahawa ini adalah kehidupan sebenar..............


You Might Also Like

4 comments

  1. Yes, kalau jenis meminta ni memang sukar kita nak membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedih dengan golongan mcm ni, kita dah habis usaha membantu

      Delete
  2. Kalau taknak usaha, meminta tu memang takkan lari dari hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ramai yg x nak usaha skrg, mereka lebih suka meminta dri berusaha

      Delete