Azam tetap sama!

Alhamdullilah, sudah masuk minggu kedua tahun 2018, banyak kenangan pada tahun 2017 yang boleh aku jadikan iktibar, tak semua indah, ...



Alhamdullilah, sudah masuk minggu kedua tahun 2018, banyak kenangan pada tahun 2017 yang boleh aku jadikan iktibar, tak semua indah, tak semua duka tetapi bab orang kelantan cakap, Move On, Keep Doing Good Deed, Excel in your life.

Tahun lepas menjadi pengajaran buat aku dalam erti cinta, yang pertama adalah kerana kesilapan diri sendiri yang tak mampu menerima hakikat dan yang kedua, di biarkan di bibir ranjau dan onak berduri...hehe....dan ia berlaku sebelum aku berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.



Setiap tahun baru, pasti ada azam baru, tapi pada aku, setiap tahun azam aku tetap sama, iaitu ingin berbakti sehabis mungkin di bumi ALLAH swt. Sama ada berbakti untuk memperolehi wang atau tidak, Sama ada berbakti untuk akhirat atau pahala.

Aku bersyukur selama aku hidup, aku berada di bulatan manusia yang sentiasa sedarkan aku, bermula di KUSZA, hidup aku kian berada di landasan dari seorang yang tidak pentingkan agama kepada pentingkan agama, dari seorang yang tak pandai berdikari kepada seorang yang boleh hidup sendiri, dari seorang yang sentiasa terkebelakang dalam akademik kini berbangga sudah mencapai tahap MASTER.



Alhamdulilah untuk semua, sejujurnya aku masih lagi belum puas untuk berbakti di bumi ALLAH swt, bemula tahun ini, insyALLAH aku cuba kembangkan bakti kepada keluarga terutamanya dan sahabat handai semua termasuk yang tidak di kenali.

Aku doakan semua yang membaca atau tidak membaca tulisan ini agar diberi barokah oleh ALLAH swt dan sentiasa dimurahkan rezeki, insyALLAH doa untuk kalian semua ada dalam setiap solat ku....

Good Luck untuk 2018!


You Might Also Like

0 comments