Saturday, December 2, 2017

Yusri Che Lah bakal bergandingan dengan Sathit Bensoh



KOTA BHARU 2 Dis. - Desas-desus bekas pengendali Felcra FC, Yusri Che Lah bakal bergandingan dengan Sathit Bensoh untuk melatih Kelantan semakin menjadi kenyataan.

Ini berikutan, Yusri dilihat sudah berada di padang untuk mengendalikan persiapan pra- musim The Red Warriors (TRW) bersama Bensoh walaupun di nafikan oleh kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).


Sumber dalaman Kafa berkata, Bensoh dan Yusri akan dibantu oleh bekas pemain Kelantan, Nazaruddin Mohd. Zin yang merupakan jurulatih Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Tanah Merah.

Menurutnya, dia yakin gandingan baharu itu dijangka mampu memperkasakan lagi pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018.

"Yusri bukanlah nama baru dalam lapangan bola sepak Malaysia ditambah pula dia pernah membuat penampilan sebanyak 42 kali bersama pasukan kebangsaan satu ketika dahulu.

"Bukan itu sahaja, pengalaman membimbing Perlis dan Felcra FC mampu digunakan untuk membantu Bensoh bagi merencanakan ramuan terbaik buat Kelantan," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Utusan Malaysia 24 November lalu melaporkan, Yusri dikhabarkan semakin hampir menyertai Kelantan untuk memperkasakan barisan kejurulatihan TRW apabila tiba di Kota Bharu untuk urusan perbincangan kontrak de­ngan pihak atasan persatuan itu.

Tambah sumber dalaman Kafa itu lagi, Bensoh juga semakin hampir untuk mengepalai barisan kejurulatihan Kelantan musim depan.

Katanya, semua pemain yang sedang diuji ketika ini termasuklah tonggak import akan dinilai oleh Bensoh.

"Ketika ini TRW sudah mulai giat menjalani sesi latihan biarpun negeri ini sedang dilanda musim tengkujuh," katanya. - UTUSAN ONLINE



Sumber : Utusan

Related Posts

Yusri Che Lah bakal bergandingan dengan Sathit Bensoh
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.