Monday, December 4, 2017

Perdana Street Food kembali! Sup Torpedo menjadi idaman kalbu!

Sudah lama aku mencari satu event di panggil Street Food sejak aku berhijrah kerja di Kelantan. Street Food kebiasaan akan menghidangkan makanan yang bagi aku rare untuk aku makan. Jadi nak kata rezeki ALLAH swt, aku di jemput ke Hotel Perdana Kota Bharu sempena event PERDANA STREET FOOD 3.0

Event ini adalah kali ketiga di anjurkan oleh pihak hotel perdana selepas event pertama di adakan pada Ogos 2016 dan March 2017. Untuk kali ini, program ini berjalan selama sebulan dari 1 Dis 2017 hingga 30 Dis 2017 dari jam 6  petang hingga 10.30 malam. 



Dalam Perdana Street 3.0 ini mengandungi 13 gerai yang menonjolkan kepelbagaian dan keunikan resepi makanan di jalanan. Selain itu, dalam 13 gerai ini terdapat makanan jalanan tempatan serta luar negara seperti masakan itali, ramen dari korea serta makanan tempatan seperti putu halba, ikan bakar, ABC, sup toperdo dan lain lain lagi.


Selain itu korang leh tengok live cooking dari Chef chef terlatih di beberapa gerai seperti ikan bakar, ramen, masakan itali, tenpayaki, roti canai dan lain lain lagi.

PUTU HALBA

RAMEN 

TENPAYAKI

ROTI CANAI
 Dalam pada masa yang sama, jika anda membeli ikan bakar, anda akan dapat nasi lemak percuma sebanyak 2 bungkus untuk atas satu pembelian. Best kan? Mesti korang tanya apa yang aku makan dekat sana, sudah semestinya aku mencari hidangan paling rare yang tidak ada di Kelantan, aku memilih Sup Torpedo, Ramen (sebab aku memang suka makan ramen), ABC, Jus Buah, Ikan Bakar, Sotong Bakar, dan last sekali tapau Tenpayaki.

RAMEN + JUS BUAH + SUP TORPEDO

IKAN BAKAR + SOTONG BAKAR
Jika korang pergi Perdana Street 3.0 ini korang jangan bayar macam buffet tau, diorang ada sediakan satu kertas untuk korang tanda makanan apa yang korang nak,


KERTAS UNTUK KORANG ORDER MAKANAN
HAKAK CANTIK INI AKAN TANDA DI KERTAS TU SERTA DENGAN HARGA SEKALI

KORAN AKAN DAPAT KUPON INI DAN BAWA KE GERAI MAKANAN YANG KORANG ORDER MAKANAN

So korang tunggu apa lagi, jom serbu Perdana Street Food 3.0 untuk menikmati makanan di jalanan yang sangat best dan aku suggest korang makan sup toperdo! aummm

Related Posts

Perdana Street Food kembali! Sup Torpedo menjadi idaman kalbu!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
December 5, 2017 at 6:47 AM

Sedap2 mknanan dia.sero nkmmkn blako😁😁

Reply