Friday, October 13, 2017

Jangan lepaskan menonton filem Tombiruo!


Filem aksi Tombiruo baru sahaja masuk hari kedua tayangan di pawagam dan aku mengambil peluang untuk tonton filem ini dengan abang aku di IOI MALL Putrajaya. Aku dan abang aku ambil tiket jam 10.10 malam seat F10-F11, haa siap seat aku bagitahu. Kenapa aku nak tonton filem ini? Pertama ini adalah filem pertama filem aksi yang berdasarkan kepada Novel, sebelum-sebelum ini watak utama, Zul Ariffin membawa watak dari novel-novel cinta dan sekarang dalam filem aksi. Mujur si Sofea dengan Puan Sri tiada dalam filem ini, kalau tak, maunya diterkam oleh Harris a.k.a Tombiruo haha....



Ok, sinopsis ringkas Filem ini mengisahkan tentang Tombiruo iaitu mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.

Berbalik pada filem ini, pada aku ini adalah filem aksi terbaik dalam Malaysia. Dari segi jalan cerita, aku tidak pasti sama ada filem ini ikut 100% dari novel asal atau tidak (aku plan esok nak ke alamanda nak borong buku Tombiruo).

Bila korang tonton Filem ini, ada petunjuk penting korang kena faham (rujuk gambar dibawah)


Kenapa ia penting, sebab kerana pepatung biru ini membawa satu kisah antara Amirrudin dan Tombiruo dan kalau korang nak dapat hint lagi, korang klik link ini Amirrudin vs Ejim.....Jalan cerita filem ini banyak berkisar di hutan berbanding di bandar dan dari segi jalan cerita tidak ada mengarut seperti cerita cerita lain. Tombiruo membawa penonton mengenali lagi tentang keindahan hutan di negeri sabah. Pada aku, teknik angle kamera pada Filem ini baik kerana ada satu angle POV ketika aksi bertumbuk antara tombiruo dan penjahat hutan.

Darri segi CGI filem ini baik , puas hati serta tidak mengarut, dan nampak real betul akar pokok itu hidup semasa ingin membantu Ejim (Tombiruo). Dari segi aksi, memang terbaik apabila tidak ada satu kecacatan dalam pergaduhan dan scene aksi bergaduh paling best bagi aku ketika Ammirudin vs Ejim. 


Selain itu, seperti mana kita tahu, tombiruo memakai topeng kerana muka ejim ini dianggap sebagai muka dewa-dewa (oleh pengikut orang asli di sabah). Dan sudah pasti seperti cerita spiderman , super hero akan bukak topeng akan tetapi dalam filem ini, aku bingung rupa sebenar Tombiruo kerana dari awal hingga akhir wajah tombiruo tidak kelihatan. Ini menunjukkan keistimewaan watak Ejim dalam filem ini membuatkan orang tertanya tanya mengenai muka Ejim.



Nak cerita banyak tak guna, korang kena pergi tengok cerita ini, dan spoil alert untuk anda, jangan tinggalkan seat anda selepas habis cerita ini kerana cerita ini akan bersambung selepas Tombiruo tetiba mendapat catatan lama yang menceritakan Filem ini akan disambung dengan adanya watak super hero baru.




Related Posts

Jangan lepaskan menonton filem Tombiruo!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
October 18, 2017 at 9:57 PM

Salam singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

Reply