Thursday, October 5, 2017

4 sebab kenapa Popov menjadi pilihan penyokong TRW!

Setelah KAFA mempunyai pengurusan yang baru dan dikhabarkan juga lesen kelab sudah berada dalam proses peringkat terakhir, kini nama bekas jurulatih idaman penyokong, Velizar Popov telah kembali meniti dibibir penyokong TRW. Tambahan pula, Velizar Popov ada memberi komen tentang keinginan beliau kembali melatih TRW yang dianggap sebagai rumah kedua beliau dalam dunia bola sepak.



Velizar Popov juga ada berkongsi berita tentang gossip kembalinya beliau ke pasukan TRW yang mana membuatkan penyokong TRW gembira walaupun masih tiada kata putus dari pengurusan terbaru KAFA. Selain itu juga, Popov juga aktif di dalam akaun sosial media beliau terutama di twitter Velizar Popov (Klik untuk ke akaun twitter popov).

Kenapa ramai penyokong Kelantan begitu berminat dengan popov? 


1. Garang


Popov mempunyai attitude yang sangat tegas & garang dengan pasukan, ini adalah karekter yang membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan 2012 ketika era Bojan Hodak. Kerana karekter tegas ini, kebanyakkan pemain pemain tidak boleh buat perangai sambil lewa dalam dunia bola sepak. Ketegasan popov dilihat juga ketika aksi di tepi padang dimana beliau sering menjerit selama 90 minit.

2. Falsafah Bola Sepak


Jika dilihat dan teliti dalam twitter Popov, kebanyakkan Popov menceritakan tentang falsafah Pep Guardiola yang mana Pep sering dikenali sebagai Master of Formation & menggunakan formasi yang mempunyai High Intensity dalam setiap perlawanan. Seperti juga ketika mengemudi Kelantan, Popov menggunakan High Intensity dalam pasukan Kelantan yang mana nama Qayyum mula meniti dibibir penyokong Kelantan. Kebanyakkan penyokong yakin dengan Falsafah Popov untuk membawa semula Kelantan ke tahap yang terbaik.

3.  Dekat dengan Penyokong



Popov pernah menyatakan bahawa Penyokong TRW dekat dengan beliau dan sering merasakan "goose bump" apabila bertemu dengan penyokong. Popov juga menyatakan, elemen pemain ke 12 adalah salah satu falsafah beliau dalam bola sepak kerana tanpa pemain ke 12 pasukan tidak akan dapat moral yang tinggi dalam setiap perlawanan. Jika dilihat, setiap kali selepas perlawanan, popov akan tepuk tangan kepada penyokong sebagai tanda terima kasih kepada pemain ke 12.

4. Pemain Muda


Popov dilihat seperti bekas jurulaith kelantan 2012 iaitu Bojan Hodak yang suka membawa pemain-pemain muda ke dalam skuad senior, di zaman hodak, kita boleh lihat Nik Shahrul Azim, Faizol Nazlin, Mamat, dan lain lain lagi. Di zaman Popov ketika mengemudi Kelantan, Qayyum & Faris Shah adalah pemain muda yang menjadi sebutan di kalangan peminat kerana aksi mereka berdua sangat memberansangkan.




Adakah Popov akan kembali ke pasukan Kelantan? Jika ya, ramai akan gembira dengan berita ini jka tidak, kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Related Posts

4 sebab kenapa Popov menjadi pilihan penyokong TRW!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.