Tuesday, September 19, 2017

Soal Kahwin Bukan Macam ABC

Bila nak Kahwin? Satu soalan yang sering di tanya apabila kita sudah melepasi usia bujang, stress dia akan datang boleh buatkan diri serabut, serabut memikirkan perasaan ibubapa yang ingin melihat anak dia Kahwin,



Soal kahwin ini bukan main-main, bukan seperti membaca ABC, nak membaca ABC pun kena belajar kan? Apatah lagi soal kahwin, 



Aku tak nak kahwin ke? Serious Talk, kalau boleh, masa ini aku nak kahwin, bukan tak nak, tapi soal hati, orang sekeliling boleh bercakap apa saja, bagi cadangan itu ini, tapi yang akan kahwin adalah aku, 

Mesti ada sebab aku tak nak kahwin lagikan? Aku boleh cakap ia soal hati, hati aku tak dapat menerima kehadiran orang baru kalau sudah terluka, Aku sudah banyak kali terluka, entahlah, mungkin diri aku tempat persinggahan, persinggahan untuk merawat hati luka dan pergi bila hati sudah berbunga di taman lain.

Bukan mudah untuk mengubah tapi Aku boleh ubah bila jumpa seseorang yang aku sudah yakin, sebab ini tidak mudah untuk orang terima sebab bagi mereka boleh bercakap tanpa memahami perasaan seseorang,



Tapi diri aku tidak pernah nak mengalah dalam hal ini, cuma buat masa ini, aku hanya fokus kepada mama, baba dan keluarga aku sahaja, kalau aku tidak ditakdirkan bernikah pun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku ada, 


Related Posts

Soal Kahwin Bukan Macam ABC
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.