Saturday, August 26, 2017

Travel Pack Cosmoderm yang sangat sesuai untuk kaki travel!

Hai sahabat-sahabat semua! apa khabar? aku dan rakan-rakan blogger masih lagi tak boleh move on mood bercuti di The Legend Cherating Beach Resort.Family Day KBBA9 pada tahun ini di taja oleh Cosmoderm tau, sambil ditaja, kami (blogger KBBA9) diberi Travel Pack Cosmoderm yang  sangat sesuai untuk dibawa semasa bercuti di mana-mana.



Kenapa korang wajib bawa bersama Travel Pack ketika bercuti?

Kalau korang nak tahu dalam set Travel Pack Cosmoderm ini ada 3 produk yang wajib seperti Vitamin E Cream 3000iu (50ML) , Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML), Advanced Moisture Therapy Cream (50ML) dan ada produk percuma tau iaitu Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100ML) jika korang membeli Set Travel Pack Cosmoderm Umrah atau Haji.



Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ML)

Klik gambar untuk pembelian atas talian

Produk Tree Oil Body Lotion adalah produk yang memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan pada kulit ketika korang berada di bawah cuaca panas kering atau dingin. Bila korang travel, korang akan mengalami macam-macam keadaan seperti keadaan sejuk , korang juga merasa gatal-gatal di badan akibat peluh dan produk ini adalah produk yang sesuai untuk korang membersihkan diri secukupnya.

Jadi, semasa aku berada di The Legend Resort Cherating, aku membawa produk ini kemana sahaja. Selain itu produk ini juga korang boleh guna sebagai deodorant, kot-kotlah korang tertinggal deodorant korang di bilik hotel ke, atau rumah ke kan?...Macam tak percaya kan? korang kena percaya, sebab ia menyelesaikan masalaha gatal, macam aku, kalau dah berpeluh, tempat sulit pun berpeluh, jadi untuk mengurangkan kegatalan, aku guna produk ini untuk sapu di celah-celah tempat sulit tersebut. Poduk ini merupakan penyelesaian yang cepat dan berkesan untuk bau badan, jerawat badan dan selar matahari.

• Menyamankan kulit terengsa dan tidak selesa
• Meredakan selar matahari tanpa pengelupasan
• Membantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman
• Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
• Anti-bau badan dengan deodoran asli

Aku cadangkan produk ini kepada kaki travel yang suka travel di kawasan pantai ataupun yang suka ke dalam hutan atau mendaki bukit!



Advanced Moisture Therapy Cream (50ML)

Klik gambar untuk pembelian atas talian

Advance Moisture Therapy Cream ini sesuai untuk tumit kaki merekah , kepada yang suka berjemur di pantai dan produk ini sesuai untuk keringkan kulit. Produk ini kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak dan cara menggunakan nya korang kena sapu di tempat yang merekah dan tangan kering.




Vitamin E Cream 3,000iu (50ML)

Klik gambar untuk pembelian atas talian

Produk Vitamin E Cream 3000iu ini adalah produk untuk melembapkan kulit pada wajah yang kering dan ia sesuai digunakan dalam keadaan cuaca panas terik atau dingin kesejukkan ketika korang travel. Dalam masa aku berada di The Legend Resort Cherating, produk ini aku guna ketika aktiviti telematch serta sea rafting sebab masa itu, aku dan rakan-rakan blogger berada ditepi pantai dibawah sinaran cahaya matahari yang terik.

Pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk membaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut. Cara menggunakan produk ini, korang guna selepas korang mencuci muka, dan urut di muka dengan lembut tau!

• Terbukti berkesan dalam memulihkan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan
• Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam
• Amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas atau sejuk.



Tea Tree Oil SHOWER GEL

Klik gambar untuk pembelian atas talian

Shower Gel yang terbaik setakat ini, shower gel ini sangat pekat dan sangat jernih! Dengan penggunaan yang sedikit boleh mampu untuk cover seluruh badan walaupun saiz ia amat kecil tapi korang jangan risau cosmderm ada menyediakan size yang besar tau! (Klik pada gambar yer)

Shower gel ini sesuai untuk yang ada jerawat badan dan satu lagi jika korang ada masalah bau badan, produk ini sesuai untuk menghilang bau badan dan PASTI menyegarkan bila korang sudah mandi! fuh!



BB Cream SPF 35 PA +++ with Tea Tree Oil (Oil Control)

Klik gambar untuk pembelian atas talian
Semasa aku berada di The Legend Resort Cherating, muka aku sangat berminyak dan memang muka aku ni jenis cepat berminyak, jadi dengan adanya Produk BB Cream ni dapat lindung muka aku dari berminyak serta pencemaran , BB Cream ini juga melindungi dari muka kita dari sinar uv matahari dan melembabkan kulit di wajah kita. Korang kena tau, cosmoderm ada keluarkan 2 kategori untuk produk macam ni iaitu warna hijau untuk kulit berminyak dan warna kuning untuk kulit normal, dan setiap jenis produk ini ada 3 pula tona warna! korang klik pada gambar akan bawa korang ke laman cosmoderm!

Sedikit info pasal BB Cream ini

5 Dalam 1 Pelembap + Bedak Asas + Tabir Suria + Kawal Minyak + Anti-Jerawat
• Mudah diguna untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap
• Perlindungan tabir suria sinaran UVA dan UVB yang tahan lama
• Membantu mengurangkan dan mengawal minyak
• Didapati dalam tiga tona warna - Nude (tiada warna - sesuai untuk lelaki dan wanita), Natural Pink/ Putih Merah dan Natural Beige/ Kuning Langsat

CARA PENGGUNAAN:

Dengan menggunakan hujung jari anda, sapukan pada wajah. Ratakan ke seluruh wajah anda.



Jadi, tunggu apa lagi jom beli produk cosmoderm! Korang boleh beli atas talian di

Website: www.cosmoderm.com.my

atau korang boleh lawat laman sosial Cosmoderm di :

Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/




Related Posts

Travel Pack Cosmoderm yang sangat sesuai untuk kaki travel!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
August 26, 2017 at 8:34 PM

Akak paling suka Magic Lotion dalam Travel Pack ni, kegunaan dia multipurpose!

Reply