A6000
Hotel
KBBA
Kelab Blogger Ben Ashaari
Kuantan
LocalTrip
review
Sony
The Legend Resort Cherating
Travel
The Legend Cherating Beach Resort menyempurnakan percutian anda!
11:15 AM
Bila anda sebut Cherating dan benda pertama yang mungkin anda ingat adalah Pantai yang indah kan? Di Cherating sendiri banyak resort-resort atau hotel-hotel yang cantik dan elegan, sesuai dengan citarasa anda. Ramai mungkin tidak tahu bahawa Cherating merupakan antara tempat pilihan utama bagi rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara sebagai lokasi percutian. Salah satu resort yang terkenal dan boleh dimasukkan dalam senarai tempat untuk anda bercuti adalah The Legend Cherating Beach Resort.
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
The Legend Cherating Beach Resort terletak di lokasi yang menarik iaitu sepanjang pantai yang indah serta mempunyai kolam yang besar dan luas. Kolam di The Legend Cherating Beach Resort dibahagikan kepada 2 iaitu kolam untuk pakaian biasa serta kolam untuk pakain renang.
The Legend Cherating Beach Resort, menjadi tempat pilihan untuk ahli Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini untuk berkumpul sempena Hari Keluarga KBBA9. Seramai 30 orang Blogger hadir bersama ahli keluarga masing-masing. Kehadiran kami disambut mesra oleh staff The Legend Cherating Beach Resort serta Pengarah Jualan The Legend Cherating Beach Resort iaitu En. Meor Amran. Kehadiran awal kami di jamu dengan minum petang yang sangat sedap dan enak.
Minum petang rakan blogger di hidang di ruang menunggu The Legend Cherating Beach Resort dimana ruangan nya sangat indah serta luas. Selain itu, terdapat pemainan Pool, sambil anda menunggu untuk Check In ke bilik anda, anda boleh meminta dengan kaunter untuk bermain Pool.
![]() |
Ruang menunggu di The Legend Cherating Beach Resort |
Selepas daripada minum petang, kami semua check in bilik masing-masing. Bilik di The Legend Cherating Beach Resort mengandungi 205 bilik dan suite yang luas dan selesa. Di antara 205 bilik ini, ada bilik yang menghadap ke pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan yang boleh menenangkan jiwa terutama pada waktu bagi. Selain itu, setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dan internet WiFi.
Ruangan bilik di The Legend Cherating Beach Resort amat luas mengikut jenis bilik yang anda tempah. Di The Legend Cherating Beach Resort terdapat 7 jenis bilik iaitu Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Junior Suite, Cherating Suite, Legend Suite dan Penthouse.
Superior Room Deluxe
Katil Berkembar |
Super Deluxe Room Adalah bilik yang mempunyai katil berjenis "King" atau katil berkembar, bilik ini berhadapan dengan pemandangan Taman..
Deluxe Room
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Deluxe room ini mempunyai kemudahan yang sama dengan Superior Deluxe Room akan tetapi dari pemandangan ada pemandangan Taman atau pemandangan Kolam.
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Pihak The Legend Cherating Beach Resort telah mengubah suai bilik-bilik Grand Deluxe dengan gaya elegan bagi memberi keselesaan yang lebih kepada pelanggang. Bilik ini mempunyai pemandangan Taman dan juga pemandangan laut yang tenang. Boleh dapatkan katil jenis "King" atau katil berkembar.
Cherating Suite atau Executive Suite
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Jika anda datang bersama keluarga di The Legend Cherating Beach Resort, anda boleh menempah bilik Cherating Suite atau Executive Suite yang mengandungi 2 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan dapur yang lengkap serta bilik ini berhadapan dengan laut.
Penthouse
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Ruang Tamu Penthouse |
Bilik TV atau karoke Penthouse |
Ruang Balkoni Penthouse |
The Legend Cherating Beach Resort ada menawarkan Penthouse dimana bilik ini terletak di tingkat teratas dan anda boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan yang luar biasa. Penthouse adalah tempat tinggal yang sangat luas dimana ia mengandungi bilik tidur utama yang mempunyai katil saiz "King"dan juga katil berkembar di bilik tamu yang lebih kecil, selain itu, Penthouse ini ada ruangan dapur kecil lengkap dengan peralatan dapur seperti "microwave","hot plate" dan oven. Ruang tamu dan ruang makan adalah berasingan, serta balkoni yang sangat lapang, Penthouse juga menyediakan suasana yang sempurna untuk pesta makan malam yang minimum.
Selain daripada itu, The Legend Cherating Beach Resort ada menyediakan ruang dewan yang besar untuk mengadakan apa jua majlis seperti majlis makan malam, mesyuarat, serta perkhawinan. Dan yang paling "rare" adalah mesyuarat di tepi pantai!
![]() |
Dewan Sri Nagasari |
![]() |
Dewan Sri Kenanga |
![]() |
Dewan Sri Cendana |
![]() |
Dewan Sri jati |
![]() |
Dewan Olas |
Selain daripada bilik mesti korang ingin tahu apa aktiviti yang The Legend Cherating Beach Resort tawarkan kan? Sepanjang kami berada di sana, kami telahpun menjalani aktiviti FireFly tour dan Mangroove Cruise dari Hafiz Cherating Activities. Selain daripada itu, kami ada juga melawat pusat penerangan penyu serta kedai keropok lekor. Pihak The Legend Cherating Beach Resort juga ada menyediakan aktiviti dalaman iaitu ATV, Kite Surfing, Pool match, Melihat penyu bertelur tetapi kami sempat bermain Telematch serta Searafting. Selain itu kami juga ada aktiviti melepaskan anak penyu ke pantai dan latihan menyelam.
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Hari Pertama di The Legend Cherating Beach Resort (klik gambar untuk lihat pengalaman kami) |
Hari Kedua di The Legend Cherating Beach Resort (klik gambar untuk lihat pengalaman kami) |
![]() |
Hari Ketiga di The Legend Cherating Beach Resort (klik gambar untuk lihat pengalaman kami) |
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
![]() |
Sumber: Rakan Blogger KBBA9 |
Percutian di The Legend Cherating Beach Resort adalah percutian yang meninggalkan memori indah pada kami Rakan-rakan blogger KBBA9. Sudah pasti, aku secara peribadi akan kembali ke sini jika ada ruang cuti kerana disini bermulanya sebuah ikatan keluarga baru dalam hidup aku!
![]() |
"Only picture can ease my mind" by wzfadhlandotcom |
Untuk maklumat lanjut mengenai The Legend Cherating Resort ini, anda boleh layari :-
Website : www.legendresort.com.my
Facebook : The Legend Resort Cherating
Instagram : legendresort.cherating
Contact Person : Encik Meor Amran (013-3319822)
Email : dos@legendresort.com.my / dos.legend@gmail.com
The Legend Resort Cherating
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan
Pahang Darul Ma'mur
1 comments
Memang best menginap di Legend ni, banyak aktiviti menarik disediakan. Kolam renang pun best!
ReplyDelete