Tuesday, August 8, 2017

Mungkin kita mensyirikkan ALLAH tanpa sedar! Ini Doa Untuk Elak Mensyirikkan ALLAH swt...Kongsikan!

Hari ini seperti biasa menggunakan alarm telefon untuk bangun awal...banyak kerja rumah kena setel, basuh baju, kemas dapur, kemas ruang tv, lepas tu kena gi office untuk setel kerja office....tetapi aku tersekat tengok Tanyalah Ustaz di TV9 bercerita tentang menggapai syurga dari Ustaz Jafri Abu Bakar...

Ustaz Jafri Abu Bakar

Bercerita tentang Neraka, aku terus terduduk dan mendengar dengan teliti.....Antara isi yang aku boleh kongsi adalah tentang dosa terbesar iaitu mensyirikkan ALLAH dengan sedar & tanpa sedar.....Orang yang mensyirikkan ALLAH swt akan kekal dalam Neraka Jahanam.....Ustaz berkongsi satu amalan doa untuk mengelak dari mensyirikkan ALLAH sama ada sedar atau dalam keadaan tidak sedar.

Doa untuk elak dari mensyirikkan ALLAH yang dibaca 3 kali selepas subuh & 3 kali selepas asar

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ
Allaahumma Innaa Na'udzu bika min an Nusyrika bika wa Anaa A'lamuhuu wa Nastaghfiruka Limaa Laa A'lamuhu
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik (menyekutukan-Mu) sedangkan aku mengetahuinya. Dan kami memohon ampun kepada-Mu terhadap kesyirikan yang tidak aku ketahui." (HR. Ahmad IV/403 dari Abu Musa al Asy'ari. Dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahih al Targhib wa al Tarhib I/121-122 no. 36)

Selain daripada itu, Ustaz juga menceritakan tentang amalan solat 4 rakaat dengan 2 salam pada waktu pagi (sebelum zuhur) & 4 rakaatn dengan 2 salam (sebelum asar yakni selepas zuhur)...Ustaz berkata amalan ini memberi kelebihan kepada kita di waktu padang mahsyar nanti...subhannallah..... Dan tika di padang mahsyar nanti ketika itu kita akan tahu betapa bernilai nya 1 pahala untuk kita.......

Ini sahaja aku kongsikan dengan apa yang aku tengok pagi tadi, semoga kita berusaha menjadi Ahli Syurga, kerana syurga itu menjadi impian kita semua....

Kejarlah Syurga & Pahala, kerana Dunia kita semakin Nazak.....

Aku doakan kita semua mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat......



Related Posts

Mungkin kita mensyirikkan ALLAH tanpa sedar! Ini Doa Untuk Elak Mensyirikkan ALLAH swt...Kongsikan!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.