Wednesday, August 30, 2017

Moment terakhir di The Legend Resort Cherating! Terima Kasih Aben! Terima Kasih KBBA9!!

Hari terakhir di Family Day adalah hari yang akan membuatkan aku merindui The Legend Resort Cherating lebih lebih lagi Keluarga blogger KBBA9...Pada waktu pagi, kami diberi rehat secukupnya dan kami sarapan pagi tapi aku tidak amik sarapan pagi sebab aku ingat tak nak main sea rafting...




Pada jam 9 pagi, semua blogger berkumpul di hadapan dewan terbuka (tempat yang sama dengan telematch) untuk dibahagikan kepada 3 kumpulan dan sebelum kumpulan dibahagikan, kami membuat senaman ringan dahulu sebelum aktiviti sea rafting. Apabila kumpulan dibahagikan, kumpulan aku ini boleh dikatakan sado-sado semuanya, haha..dan wakil The Legend Resort Cherating memberi penerangan kepada semua kumpulan cara-cara  nak mengikat rakit dengan kemas.










Selepas mengikat kemas rakit kami, kami diberi taklimat tentang pertandingan sea rafting ini, dalam arahan tersebut, setiap rakit hanya 7 orang sahaja dibenarkan, lagi 3 akan menjadi penolak rakit ke dalam air....selepas itu kami mulakan sesi sea rafting di pantai cherating...Dalam pada masa yang sama aku menjadi penolak rakit kumpulan aku...aku tak naik sebab nanti...hmm..paham-paham jelah hahaha....



Selepas sesi sea rafting, kami di beri ruang untuk bermandi manda di kolam untuk sesi menghilangkan keletihan....dalam sesi mandi kolam, rakan blogger KBBA9 dapat mengenali lebih dekat antara satu sama lain...dan yang paling aku bangga, En Meor sendiri turun bersama kami bermandi mana di kolam dan berkenalan dengan kami...Terima Kasih En. Meor.



Selepas bermandi manda, rakan-rakan blogger masuk ke bilik masing-masing untuk persiapan Check Out serta makan tenghari. Pada jam 2 petang, kami ada buat lawatan ke bilik-bilik The Legend Resort Cherating dan yang kami terasa teruja adalah bilik penthouse The Legend Resort Cherating..Yang ini aku akan cerita details pasal The Legend Resort Cherating nanti...








Selepas kami buat lawatan sekitar bilik-bilik resort..kami membawa haluan masing-masing...sebelum aku dan rakan-rakan blogger KBBA9 pulang, kami ambil gambar tanda kenangan.





Dan ini adalah kenangan terindah dalam hidup aku, bertemu dengan rakan-rakan yang positif & masuk air...semestinya aku happy sebab tanpa KBBA9 aku tak dapat nak merasa trip macam ini..Terima Kasih tidak terhingga pada Aben (Founder KBBA9) yang sentiasa beri sokongan kepada kami & beri peluang untuk kami merasa keindahan sebagai Blogger. Tq Aben!

Related Posts

Moment terakhir di The Legend Resort Cherating! Terima Kasih Aben! Terima Kasih KBBA9!!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.