Sunday, August 6, 2017

Maggie Tomyam Firaun ada di Kelantan!!

Hari ini, aku tidak tahu kenapa aku kurang rasa nak makan, nak-nak waktu pagi tadi selepas hantar Madam YB ke aiport....Aku ada parking tepi jalan nak gi makan breakfast dekat McDonald tapi tak jadi selepas berfikir panjang.... Aku memandu kereta untuk singgah di gerai nasi air dingin tetapi aku hanya lalu sahaja tanpa fikir apa nak makan.....hehe...sampailah aku di klinik primer cherang, bibik shiela bertanyakan aku tentang maggie tomyam sotong kedai kawan aku iaitu Iska Coffee House....Diajaknya aku kesana sebab nak try maggie tomyam ini dengan semek Sue..ia mengingatkan aku tentang kepekatan kuah maggie tomyam sotong ini...fuh sedapppp...jadi cepat-cepat aku hubungi tauke ISKA Coffee House untuk tempah maggie tomyam sotong ini...

Tepat jam 5.30 petang aku memandu myvi lejen aku ke kedai iska coffee house...Kedai ini memang jadi port untuk aku berjumpa dengan kawan-kawan lama....Disebabkan aku sudah memesan maggie tomyam sotong ini dikenali sebagai maggie sotong firaun.....haha...aku serta dua bidadari tadi hanya memesan air minuman sahaja, untuk pengetahuan korang, ISKA Coffee House ada menyediakan pakej Maggie Tomyam + Air Milk Shake....




Haaa menyelera sangat kan? haha siap bagi gunting lagi sebab sotong besar sangat....Maggie tomyam firaun ini datang sekali dengan air milkshake yang tak sempat nak ambil gambar..haha..




Haaa...mesti korang tanya, mana gambar aku, camna nak masuk gambar aku kalau ada bidadari depan mata...kan...hahaha btw ni adik-adik aku jer dekat klinik primer cherang...masih solo-solo lagi nih...hahhaa....kalau korang datang kelantan, boleh search google iska coffee house tau..bukan sahaja maggie tomyam firaun, tapi macam-macam lagi ada...& mesin kopi baru sampai, haa nnt nak lepak minum kpoi hipster dah boleh dah nanti... hehehe

Related Posts

Maggie Tomyam Firaun ada di Kelantan!!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.