Friday, August 18, 2017

Kelip Kelip Mengawan? Bagaimana? - Ini pengalaman aku!

Alhamdulilah, sudah selesai hari pertama aku di The Legend Resort Cherating...Program yang dimulakan pada waktu jam 8 malam selepas team KBBA9  makan malam di Coffee House dalam resort ini....Lauk pauk dia sungguh sedap dengan adanya daging kambing..fuh, selera sangat bila terkenang daging kambing nih...tapi aku amik potion lauk sangat sedikit sebab selepas makan malam ada Fire Fly Tour di Hafiz Fire Fly tour jadi kena naik bot, kang tak memasal termuntah bila makan terlalu banyak...

Gambar makanan




 

Tepat jam 8.15, kami bergerak ke tempat Hafiz Fire Fly Tour untuk kami menikmati keindahan malam yang dihujani kelip kelip....kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak The Legend Resort, terima kasih the legend resort!.....Dalam masa 15 minit, kami telah sampai di Hafiz Cherating Activities....


Apabila sampai, perkara pertama kami lakukan adalah memakai Life Jacket atau Jaket Keselematan untuk menaiki bot nanti dan jangan risau, jaket ini free size dan yang mana berbadan comel macam aku boleh pakai...hahahaha.....dan kami terus masuk dewan untuk taklimat sebelum ke kawasan kelip kelip...





Taklimat ini disampaikan oleh En Hafiz sendiri mengenai kelip-kelip....dalam penerangan En Hafiz, baru aku tau bahawa jangka hayat kelip kelip sangat pendek iaitu 4 minggu sahaja dan untuk membezakan jantina kelip kelip adalah pada kekerapan cahaya pada badan kelip kelip, jika kekerapan cahaya itu cepat & samar-samar , kelip kelip itu adalah betina dan jika sebaliknya kelip kelip itu jantan....Untuk pengetahuan korang, kelip kelip berkomunikasi atas dasar ingin mengawan sahaja....jadi kelip kelip ini akan keluar pada waktu malam untuk mengawan, aummmm...hahahhaa....

Selain itu, En Hafiz memberi penerangan bahawa kelip kelip mempunyai "alahan" kepada mana-mana cahaya dab sebab itulah, kami tidak dibenarkan mengambil gambar ketika melawat kawasan kelip-kelip takut kelip kelip lari....nanti korang kacau kelip kelip tengah berasmara dana disitu.....hahaha


Pengalaman yang paling tidak lupakan untuk sesi firefly tour ini adalah menaiki bot sebab bot yang aku naik tuh kebanyakkan sado & aku lah yang paling sado...hahaha...sampai bot pun macam nak terumbang ambing.....paling best tika fire fly tour semestinya melihat kelip kelip sambil teringat aku pada lagu kelip kelip nyanyian remy ishak dalam cerita 29 Februari


Ok, mesti korang nak tahu berapa lama kan untuk melihat kelip kelip ni kan? Sejam dengan harga rm35 sekepala...Korang bukan sahaja pergi tengok jer tetapi dengan kepakaran dari En.Hafiz yang boleh berkomunikasi dengan kelip kelip...EH? bercakap dengan Kelip kelip? Macam mana? ....Haa korang kenalah datang sini sendiri menyaksikan dengan mata sendiri!

So masukkan Hafiz Cherating Activities dalam list tempat yang korang wajib pergi bila datang ke Cherating, dan jangan lupa check in dekat The Legend Resort Cherating!

Related Posts

Kelip Kelip Mengawan? Bagaimana? - Ini pengalaman aku!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

6 comments

Tulis comments
avatar
August 22, 2017 at 9:36 AM

ruginya rtak join kalau dok boleh jupo ayah aji hehehhe

Reply
avatar
August 23, 2017 at 7:48 AM

Kemain tajuk hahah .. sygnya xboleh amik gmbr ketika ini

Reply
avatar
August 23, 2017 at 4:02 PM

Jelesnya dengan korang pi tengok kelip², tapi apakan saya keadaan tak izinkan untuk join. Baca kisah korang je pun best!

Reply
avatar
August 23, 2017 at 6:59 PM

fuhhh ! jeles bak hang. hahahahaa. next time lahh join

Reply
avatar
August 24, 2017 at 9:40 PM

Kelip kelip ku sangka api.. kalau api mana sumbunya.. Hahaha.. terus teringat pantun kelip kelip ni..Tapi memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan firefly tour ni..

Reply
avatar
August 25, 2017 at 8:11 AM

sayang terlepas nak join tengok kelip-kelip malam tu...

Reply