Wednesday, August 30, 2017

Hari ke 2 di The Legend Cherating Resort!

Hai korang! Apakhabar? sudah banyak hari berlalu Family Day KBBA9 di cherating, aku masih lagi dalam mood Family Day KBBA9....Haa hari ini aku nak cerita apa terjadi pada hari kedua Family Day KBBA9 di The Legend Resort Cherating...

Sebelum aku cerita, pada korang yang terlepas apa terjadi pada hari pertama, boleh klik link ini

Kelip Kelip Mengawan? Bagaimana? - Ini pengalaman aku!


Pada hari kedua, seperti biasa, bila sudah berada di pantai sudah pasti setiap orang takkan terlepas untuk melihat matahari terbit kan? Aku bangun dalam pukul 6.30 ketikat itu aku dikejutkan oleh Abe Aznan, hehehe mujur dia ada kalau tak, terlepas jugak aku......

Selepas itu kami mulakan sesi telematch yang di bahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi telematch untuk kanak-kanak dan telematch untuk dewasa...Pelbagai gelagat dapat tengok dengan salah satu blogger membantu anak nya dalam acara isi air dalam botol...hahaha....untuk permainan dewasa, yang paling seronok bagi aku adalah lari dalam guni...ni first time aku main haha...jangan bayangkan yer macam mana aku berlari dalam guni...hahaha....aktiviti telematch ini habis pada jam 10.30 pagi...dan selepas itu, kami sambung dengan sesi mandi kolam serta aktiviti latihan scuba diving.....








Aktiviti scuba diving ini di beri penerangan oleh Muck Dive Scuba yang mana rakan blogger KBBA9 dapat merasai suasana scuba diving walaupun kami mencuba di dalam kolam yang sedalam 6 meter....Pengalaman ini tidak dapat dilupakan oleh aku bersama rakan blogger yang lain kerana secara peribadi ini adalah pengalaman pertama aku dalam hal scuba diving....







Pada jam 2petang kami bergerak ke tempat pembuatan keropok di Kedai Keropok Cap Intan dan Pusat Penerangan Santuari Penyu selepas makan tenghari. Dalam lawatan kami ke Kedai Keropok Cap Intan ini, kami melihat cara keropok lekor dibuat dan ada beberapa blogger diberi peluang untuk mencuba menggentel keropok lekor serta memborong kerepok di Kedai Keropok Cap Intan...Selepas memborong, kami meneruskan lawatan ke Pusat Penerangan Santuari Penyu yang mana kami diberi ruang untuk mengenali kehidupan seekor penyu dan kaum-kaum nya. Kalau korang melawat Pusat Penerangan Santuari Penyu ini, korang dapat lihat anak-anak penyu yang baru lahir disimpan sebelum anak-anak penyu ini dilepaskan ke kawasan laut.







Pada sebelah petng pula iaitu jam 5 petang kami telah bertolak sekali lagi ke Hafiz Cherating Activities dimana kami akan melawat kawasan hutan paya bakau untuk melihat binatang-binatang liar yang ada dihutan tersebut..Dan pengalaman yang aku rasa seronok adalah aku bersama rakan-rakan blogger yang lain masuk ke dalam hutan paya bakau dengan menaiki bot...kira macam dalam filem kawasan dan buat pengetahuan korang, tempat kami lawat ini, ada scene dalam cerita munafik 2 lakonan Shark (Syamsul Yusof).




Pada sebelah petang pula, kami blogger-blogger dari KBBA9 ini diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu ke pantai tau..Pengalaman yang menyeronok dan geli...sebenarnya aku geli pegang anak penyu ini tapi aku gagahkan juga..aku geli sebab aku takut tangan perkasa aku meranapkan nyawa anak penyu...haha...dan selepas 10 minit penerangan diberikan oleh Pihak The Legend Cherating Resort, setiap blogger diberi seekor anak penyu untuk dilepaskan..untuk info tambahan, jika anda datang ke sini, anda boleh request dengan pihak The Legend Cherating Resort untuk melepaskan anak-anak penyu ke pantai dengan pembayaran RM20 seekor...Kenapa kena bayar? apa yang aku faham, ini adalah tujuan untuk menjaga spesis penyu dan separuh dari harga dikenakan iaitu RM10 akan di sumbangkan ke sebuah badan yang menjaga penyu bagi tujuan amal.






Kami menutup aktiviti hari kedua dengan sesi makan malam tepi pantai yang bertemakan Pirate atau Lanun..







Related Posts

Hari ke 2 di The Legend Cherating Resort!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.