Sunday, August 6, 2017

Gajet yang seorang blogger perlukan!

Bila masuk dunia blogger, aku tidak lari untuk selalu update dengan teknologi terkini..Dunia blog sangat memerlukan beberapa gajet seperti Laptop, Kamera, Telefon & Data Internet...Laptop aku yang aku sedang guna sangat besar size nya lebih kurang 15inci sebab masa aku beli dulu, aku aim nak buat editing dengan game tapi selepas beberapa tahun, aku mula pasang impian nak beli Surface iaitu laptop macam tablet sebab ia size kecil, ringan & senang dibawa.... Kamera? yes , sebagai seorang blogger, mesti kita nak Klien puas hati dengan hasil gambar, nak-nak kalau yang ada buat food review kan? klik ini untuk food review aku ( hotel perdana )

Telefon mestilah yang boleh diguna pakai setiap masa tau, sebab sebagai seorang blogger, bila berada di setiap jemputan ke majlis, wajib sentiasa update tentang keadaan semasa majlis tersebut. Data internet kenalah sentiasa ada, ini penting tau sebab sebagai blogger, kita akan selalu update pasal event dan juga apa jua perkara berlaku setiap masa, kira macam public figure lah kan....Data internet 20 GB pun sudah cukup untuk seorang blogger...Oit kenapa 20GB?? Sebab pada masa yang sama, ketika berada di majlis jemputan, kita akan buat live di akaun social media kita kan? sebab nak bagi sahabat-sahabat kita di akaun social media dapat join sekali untuk merasai keadaan semasa majlis yang kita hadir...

Alhamdulilah, bersyukur dengan rezeki ALLAH swt yang berikan pada aku, pada 2 minggu ini, aku telah dapat gajet yang aku betul-betul inginkan iaitu Kamera Sony Alpha A6000 serta Surface Pro4

Semuanya dengan izin ALLAH swt, kamera Sony Alpha ini memang menjadi target aku untuk aku dalam dunia blog, sebab blog aku memerlukan gambar yang kualiti tinggi, baca post aku terdahulu 

Akhirnya lamaran diterima!


Camera Sony Alpha A6000


RAW Material : Takde Edit apa-apa

Edit dengan Samsung Note 5 

Dan satu lagi gajet impian aku adalah Microsoft Surface Pro 4 yang mana senang dibawa untuk menulis blog & satu lagi Surface ini menggunakan SSD (teknologi terbaru untuk hard disk),


Memudahkan aku membuat urusan kerja diluar & tak perlu aku bawa laptop besar aku satu lagi...Btw ini adalah laptop ayah aku yang dia takguna sangat, so dengan kebijaksanaan aku manafaatkan apa yang ayah aku tak guna, hahaha tapi aku kena bayar balik pada ayah aku hehehe...Lagi pun data internet telepon aku banyak, so boleh access WiFi dimana-mana....

So, insyALLAH dengan ada gajet ini, blog makin update 


Related Posts

Gajet yang seorang blogger perlukan!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
August 6, 2017 at 5:36 AM

Wah bestnya ada kamera baru! Gambar makin cun la lepas ni :D

Reply