Tuesday, August 22, 2017

Cikgu Puad buktikan kemampuan! Tahniah The Speedy Jantan



KHAIRUL Hafiz Jantan secara rasminya dinobatkan manusia terpantas di Asia Tenggara selepas memenangi acara 100 meter lelaki akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Khairul Hafiz mencatatkan 10.38 saat menewaskan saingan terdekat pelari Filipina Eric Cray. (Sinar Harian)

Dikenali sebagai 'The Speedy Jantan' pelari berumur 18 tahun itu memegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan masa 10.18 saat.

Itulah berita yang kita dengar semalam apabila The Speedy Jantan berjaya membawa emas kembali ke bumi Malaysia selepas 14 tahun...Semalam aku menonton lari 100m bersama Madam YB, siap menjerit lagi dan dengan umur 18 tahun, Hafiz mampu melakar kejayaan besar dan lebih membanggakan Hafiz dilatih oleh Jurulatih tempatan iaitu Cikgu Puad merangkap bapa saudara Hafiz sendiri...Alhamdulilah, kita berjaya melahirkan pelari terpantas asean & lebih membanggakan lagi ia dilahirkan oleh Jurulatih Tempatan!

Tahniah Hafiz & Sekalung Tahniah kepada Cikgu Puad!


Related Posts

Cikgu Puad buktikan kemampuan! Tahniah The Speedy Jantan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.