Monday, August 7, 2017

Budak Nakal Hujung Simpang bakal berentap untuk pentas asia! Korang kena support lokal band!

Alhamdulilah, aku baru terima mesej whatsapp dari sahabat aku tika aku belajar di UiTM, Ijoy a.k.a John Bear....Mesej tu pasal sahabat aku ni dengan band lokal Budak Nakal Hujung Simpang bakal berentap dengan band-band lokal yang lain untuk merebut tempat di pentas asia...BNHS bakal beraksi di Perfect Square Space, TTDI pada 20 Ogos 2017 nanti, korang mesti support band sahabat aku ini.....


Aku kenal band ini masa aku belajar di UiTM & baru nak kenal-kenal muzik reggae...John Bear ni kira manusia serba boleh, dia menyanyi macam ada feel bukan jenis yang buat-buat..korang leh layan lagu yang menjadi feveret aku, TERBANG


Mesti layan, satu lagi jangan lupa tonton konsert mereka di youtube di Skakin Festival 2016, best sebab diorang bawa lagu-lagu yang fresh & ada identiti diorang sendiri...

Izzul Faiz idrus a.k.a John Bear
Band : Budak Nakal Hujung Simpang
Korang boleh follow diorang di akaun rasmi sosial media diorang

Facebook : https://www.facebook.com/Budak-Nakal-Hujung-Simpang-171855526552313/

Twitter : https://twitter.com/bnhsofficial

Instagram : https://www.instagram.com/budaknakalhujungsimpang/


Sebagai sahabat & peminat baru nak up, aku nak ucapkan selamat maju jaya budak Izzu Faiz Idrus a.k.a John Bear & Budak Nakal Hujung Simpang!

Related Posts

Budak Nakal Hujung Simpang bakal berentap untuk pentas asia! Korang kena support lokal band!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.