Thursday, July 13, 2017

Jangan Malu, Teruskan dan Berbangga dengan diri kita!




Dalam kehidupan, kita akan melalui fasa fasa yang mengubah setiap tindakan dan pemikiran kita...kita akan mengalami fasa dimana kita akan rasa hidup ini aku perlu teruskan untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...

Selain itu, kita akan buat keputusan terhadap sesuatu kerana diri sendiri bukan nak jadi penting diri sendiri tetapi ada waktu kita terpakasa buat keputusan tersebut untuk diri sendiri sebagai contoh apabila ingin menolong kawan yang luar dari kemampuan kita...

Itu contoh

Dalam fasa lain, selepas habis sahaja kita belajar mesti ramai kawan-kawan akan bercerita tentang kerjaya masing-masing dan ada yang suka berkongsi kerja diorang, apa yang diorang buat & ada yang tidak suka bercerita tentang kerjaya mereka, kenapa e? antara sebab yang aku boleh kongsi adalah sebab MALU dengan kerjaya, disini ramai rasa MALU dengan kerjaya masing-masing kerana dikalangan kawan-kawan mereka berkerjaya yang lebih hebat dari mereka-mereka yang MALU....Ada juga sebab mereka tidak suka menjaja apa yang mereka buat, mereka  lebih suka "keep it simple" selagi mereka boleh berkumpul dengan kawan-kawan lama.....



Cerita pasal aku ke ni? ada sedikit-sedikit hahaha

Aku kerja sebagai kerani cabuk jer...dan aku akui aku ada belajar sampai master & insyALLAH lepas kahwin aku ingin sambung PhD....kenapa kerani? Dulu masa aku habis master aku ada plan nak kerja di Kuala Lumpur...yes suka kerja disini sebab bayaran agak mahal & yang penting ada panggung wayang HAHAHAHA aku kaki wayang

tapi selepas aku berjumpa dengan sahabat aku, berceirta panjang tentang masa depan sehingga ada satu part aku terpaku apabila sahabat aku cakap 

S " Bro, ko baliklah Kelantan, kerja di Kelantan, jaga Mama ko, Ko merantau cari ilmu berapa lama dah? sudah lama, tangguh dulu impian untuk PhD, gembirakan Mama ko, biarlah gaji rendah, janji ko dapat senangkan hati Mama ko, ko ada disisi dia setiap masa,"

Ayat ini yang aku selalu ingat & letakkan dalam kepala otak....& Yes bila aku pulang, aku mulakan kerjaya aku sebagai promoter di kedai komputer, kerja dari pagi hingga malam, gaji bergantung kepada jualan tapi aku gembira kerana dapat kawan-kawan kerja yang sekepala & masuk air...Selepas itu, aku ubah kerjaya aku kepada dunia ofis, kerja pagi hingga petang, kadang-kadang hingga tengah malam atau pagi buta....Pada mula-mula happy & excited, yerla sebab dapat kerja yang boleh spend more time dengan mama...

Selepas itu, aku terlibat dalam dunia blog, & aku memang suka sebab aku dapat jumpa kawan-kawan baru.....yang penting aku dilayan seperti family terutama si Aben tak hensem (Founder KBBA9)...hahaha.....

Aku mula suka cakap kalau orang tanya "Ko buat apa sekarang?"

Aku cakap aku sekarang ni tulis dalam blog & kerani hehehe


Apa yang aku nak kongsi ni, janganlah malu dengan apa yang kita buat dalam hidup ita sebab bukan soal fame atau lavish life tetapi keberkatan dalam hidup sebab kita kena ingat, Dunia semakin tenat, Dunia hampir menuju ke kiamat, jadi kita perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan ALLAH & tidak apa jika kerjaya kita tidak beri duit yang banyak, asalkan kita kongsi pendapatan kita sebab bila kita kongsi insyALLAH kegembiraan itu akan datang...rezeki bertambah!




Jangan MALU ok!

Related Posts

Jangan Malu, Teruskan dan Berbangga dengan diri kita!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.