Monday, July 24, 2017

Akhirnya lamaran diterima!

Alhamdulilah, semalam proses meminang berjalan dengan lancar....Sebelum meminang ni, aku ambil masa dalam 2 minggu untuk berfikir sebelum nekad untuk berani meminang semalam.....Siapa kah yang di maksudkan? Mesti korang ingat seorang gadis kan? hahaha

Aku pergi meminang kamera lah, iaitu Sony Alpha 6000, kamera yang lama aku idamkan,...

Sony Alpha 6000
Kamera ini bersize kecil tetapi power dia fuh!... Kamera ini sesuai sangat dengan golongan amatur macam aku ini, korang boleh tengok general specs (klik gambar untuk tengok full specs Sony A6000)


Kenapa aku beli Sony Alpha? Salah satu sebab aku tak pandai guna DSLR & DSLR terlalu berat nak dibawa ke mana-mana, Sony A6000 ini bersize kecil & setting kamera ini sangat senang untuk di fahami....Selain itu aku boleh terus update di Insta dengan kaedah WiDi atau NFC kerana A6000 ada sistem dimana korang boleh send gambar selepas ambil gambar dengan kamera tetapi korang kena install software iaitu Play memories mobile. Software ini membolehkan korang memindahkan gambar yang korang ambil dari kamera ke telefon pintar anda! mudahkan? Selain itu korang boleh menggunakan software ini untuk mengambil gambar tau! jadi sebagai blogger, ia memudahkan aku untuk buat live update ketika berada di ssuatu majlis!

Tempat aku meminang kamera A6000 ini di Sony Centre KB Mall sebab aku merasakan ia lebih sesuai membeli di tempat asal gajet bagi memudahkan segala urusan pada masa akan datang walaupun ia mahal sedikit dari dealer sony menjual....



A6000 juga ada warranty yang korang boleh tambah dari setahun ke 3tahun! kenapa aku ambil 3tahun? sebab benda mahal wajib ada warranty yang lama selain itu juga aku dibekalkan satu sijil warranty dimana ia valid untuk aku baiki di mana mana sony centre dalam Malaysia!






Tak sabar untuk aku rasmi khamis ini sebab khamis ini ada majlis rumah terbuka klinik sepupu aku, so korang juga dijemput juga yer! hehe


Related Posts

Akhirnya lamaran diterima!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.