Sunday, June 11, 2017

Jom bercuti di Kuching, Sarawak!

Pernah tak korang terfikir nak pergi bercuti di Kuching Sarawak? Korang tahu tak ini adalah salah satu tempat percutian yang sangat menarik? Jadi aku cadang korang cepat cepat masukkan Kuching dalam list percutian korang tau. Di Sarawak ni, terdapat beberapa buah taman negara yang unik di Kuching untuk dilawati seperti  Muzium Sarawak dan Kampung Budaya yang sangat terkenal. Kuching ini adalah bandar utama di Sarawak. Bandar Kuching juga telah mendapat gelaran City Of Unity disebabkan masyarakat disini saling menghormati satu sama lain tanpa ada jurang perbezaan kaum dan agama. Pendek kata memang hidup harmoni lah! Disini juga susah nak dengar bunyi orang hon sana hon sini kecuali jika terdesak atau kemalangan.

Muzium Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Oh ya! Mesti korang tertanya pasal hotel kan? Aku ingin cadangkan satu hotel yang sangat selesa iaitu Imperial Hotel Kuching. Apa yang best pasal hotel ni? Hotel ini merupakan pilihan terbaik di Kuching City Center. Selain itu, korang mesti datang dengan Kapal Terbang kan? takkan naik lori pulak, (hahaha), ok, Imperial Hotel Kuching mempunyai lokasi yang berhampiran Lapangan Terbang Kuching International Airport (KCH), dimana jaraknya hanya 2.92 km. Hotel ini amat mudah ditemui kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. So, korang jangan risau lah sebab korang memang takkan sesat untuk cari hotel ni.


Imperial Hotel, Kuching
Kalau korang ada merancang untuk adakan acara sahaja atau majlis khas yang lain, Imperial Hotel Kuching ialah tempat yang sesuai bagi korang dengan adanya bilik majlis yang besar dan serba lengkap untuk memenuhi keperluan korang dengan pelbagai kemudahan. Serius, korang takkan menyesal memilih destinasi percutian kali ini. Trust me!

Imperial Hotel Kuching ialah pilihan terbaik bagi korang yang inginkan layanan mewah untuk percutian korang. Bila lagi nak dapatkan perkhidmatan hotel yang terbaik ketika percutian korang kan? mestilah dengan Imperial Hotel Kuching!

Bila bercuti mesti korang suka membeli-belah? Penginapan di Imperial Hotel Kuching pasti akan memanjakan korang kerana terdapat banyak pusat membeli-belah berdekatan. Jadi jangan lupa bawak duit banyak banyak. Boleh shopping sepuas hati bawak balik cenderahati untuk kawan or keluarga kat rumah.

Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Imperial Hotel Kuching menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang dan rakan sekerja perlukan. So bergembiralah dengan pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk anda dan seisi keluarga di Imperial Hotel Kuching, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga korang.

Dewan di Imperial Hotel, Kuching
Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda. Biliknya yang selesa juga akan membuatkan anda lebih selesa untuk menginap disini.


Bilik di Imperial Hotel, Kuching
Pusat kecergasan hotel ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan korang di sini. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada korang mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.


Kolam Renang terbuka di Imperial Hotel, Kuching
Gym di Imperial Hotel, Kuching
Meja depan Imperial Hotel siap sedia 24 jam untuk memberikan perkhidmatan kepada korang, dimana dari hari korang daftar masuk hingga ke hari daftar keluar, atau sebarang bantuan yang korang perlukan. Jika korang inginkan lebih lagi, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada meja depan, Imperial Hotel sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan korang. Nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Imperial Hotel Kuching eksklusif untuk korang. Jangan risau tentang internet di sini, kenara akses WiFi tersedia dalam kawasan umum penginapan ini agar korang sentiasa akses media sosial korang serta berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

Imperial Hotel Kuching adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Ciptakan memori yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan korang di Imperial Hotel Kuching. So tunggu apa lagi, korang boleh tempah hotel ini di http://www.traveloka.com/ atau just download apps Traveloka secara percuma!

Related Posts

Jom bercuti di Kuching, Sarawak!
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
June 11, 2017 at 8:11 PM

cantik juga tempat tu ... nti la kalau ada masa boleh poi sana

Reply