Monday, March 27, 2017

Mama & Baba selamat pulang!

Mama & Baba selamat pulang!


Alhamdulilah


Hari ini ibubapa aku telah sampai di Kelantan selepas 12 hari di Madinah & Makkah..Betapa aku happy selepas aku bersendirian selama 12 hari..hahaha,,,,anak lelaki pun ada manja juga tau Merindui ibubapa aku dalam masa 12 hari tu amat perit sangat sebab terasa sunyi sangat dalam rumah ni hahaha....dan yang paling best apabila aku merindui seseorang yang tersayang...hahaha

Pada hari ini juga keluarga besar kami buat makan-makan tapi tak lama duduk kerana semua kepenatan..yerlah 8jam penerbangan dari Jeddah ke Malaysia....Pada masa yang sama ibubapa aku batuk & selsema.

Part yang paling best masa dekat rumah tadi aku berbual dengan mama pasal Madinah & Makkah...Mama bercerita pasal ibadah..pasal makan....tapi tak lama berbual sebab mama aku nampak letih..so aku biarkan mama rehat sekejap..aku masuk bilik sambil2 melihat "bulan" yang lama aku merindui =p

Thursday, March 23, 2017

Aku doakan korang dapat jejak kaki ke Rumah ALLAH swt! Amin

Aku doakan korang dapat jejak kaki ke Rumah ALLAH swt! Amin


Hai, dah dekat berapa minggu sudah aku tidak menulis di blog aku ini...Sambil aku nak menaip ni aku dengar lagu Warkah Untukku oleh Ara AF ....Kenapa aku suka pasang lagu ni bila menaip? Ia mengingatkan aku tentang apa itu CINTA PADA YANG SATU....

Ha...Aku baru pulang dari menunaikan UMRAH pada 2 minggu lepas, Alhamdulilah, ALLAH telah dengar doa aku selama 10tahun...10tahun aku impikan untuk pergi ke rumah ALLAH...

Pengalaman aku kat sana yang aku boleh ringkaskan adalah BEST & aku takleh nak beri bayangan macam mana sebab keseronokan itu atas diri sendiri yang merasa....Macam mana nak pergi UMRAH? Korang kena sentiasa letak pergi Umrah itu adalah perkara yang pertama yang korang ingin lakukan walaupun ia mengambil masa lama korang kena letak UMRAH itu perkara pertama..Selepas itu USAHA dengan menabung....Aku mula menabung tika aku mendapat gaji pertama...aku ambil hampir 45% dari gaji aku masuk ke dalam akaun Tabung Haji dengan niat duit tabungan itu untuk pergi Umrah...


Dan yang paling best apabila waktu kita usaha nak ke RUMAH ALLAH, ada rezeki melimpah ruah yang datang pada kita...REZEKI itu datang kepada Aku dalam bentuk Wang dan juga kebahagiaan tapi ada juga pahit...dan benda pahit itu aku anggap UJIAN kepada aku....

Aku doakan korang semua dapat jejak kaki kesana satu hari nanti...Amin....

Tuesday, February 14, 2017

Tidak Sabar Untuk Berada Di Awan!

Tidak Sabar Untuk Berada Di Awan!


Lebih kurang 1 minggu lagi aku akan memulakan perjalanan yang jauh dan ini adalah perjalanan yang paling jauh sepanjang hidup aku, Aku tidak pernah rasa tidak sabar begini untuk menjejak kaki di sana....Boleh dikatakan setiap malam aku terbayang aku berada disana,

Ya ALLAH, tidak sabar rasanya.....Korang doakan aku yer semoga selamat perjalanan aku ke sana........

Wednesday, February 1, 2017

‘Ini soal integriti dan profesionalisme’

‘Ini soal integriti dan profesionalisme’


PENYOKONG tegar bola sepak negara, Al Fadli Awaludin menyifatkan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya bersandarkan kepada jawatan atau gelaran semata-mata.

Sebaliknya beliau berpendapat jawatan itu boleh disandang oleh sesiapa sahaja yang mempunyai profesionalisme dan integriti yang tinggi.

Katanya, tidak kiralah sama ada dari golongan kerabat, ahli politik atau orang biasa sekali pun, dua kriteria ini haruslah dipenuhi jika mahu melihat perubahan dalam landskap bola sepak negara.

"Sebenarnya kalau kita sebut orang profesional dan integriti, dia tidak tertakluk kepada jawatan, pangkat atau gelaran. Ia lebih kepada cara kerja, etika dan mentaliti mereka.

"Ramai penyokong mahukan FAM dipimpin oleh mereka yang mempunyai dua asas ini, tak kisahlah walau siapa pun yang memimpin.

"Saya faham kenapa sekarang ramai orang mempersoalkan jawatan ini hanya untuk kerabat atau ahli politik sahaja. Ini disebabkan bola sepak kita selama ini ditadbir oleh individu tanpa profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sebab itulah orang beranggapan jawatan atau gelaran itu boleh menjatuhkan bola sepak negara walaupun sebenarnya bukan itu yang menjadi permasalahan utama," jelasnya.

Menurutnya, untuk pemilihan kali ini, beliau mengharapkan setiap calon bertanding mengemukakan perancangan dan manifesto tentang hala tuju bola sepak yang ingin dibawa mereka.

Katanya, dengan perancangan dan manifesto ini barulah penyokong dapat melihat apa hala tuju yang ingin dibawa oleh mereka untuk memajukan bola sepak.

"Bila ada manifesto dan perancangan, baru kita tahu indeks petunjuk prestasi (KPI) mereka. Kalau ikut pencapaian dibawa pemimpin sebelum ini, pada saya ia  tak memadai.

"Jadi, calon-calon yang ada ini perlu capai lebih daripada itu dan memberikan masa dan fokus utama hanya untuk bola sepak. Bukan untuk jawatan presiden sahaja, jawatan-jawatan lain yang di bawah pun perlu sama," ujarnya.

Katanya, walaupun penyokong tiada hak untuk mengundi, tetapi penyokong juga perlu terlibat dan tahu apa hala tuju yang ingin dibawa kerana mereka ini sudah lama menanti perubahan untuk melihat kemajuan bola sepak negara ini.

sumber: Sinar Harian

Tuesday, January 24, 2017

‘Semua tidak layak’

‘Semua tidak layak’

Presiden FAM patut bukan ahli politik, kerabat diraja – Velappan - SUMBER : UTUSAN

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut.

“Jika dikaji kedudukan bola sepak negara sudah bertukar secara keseluruhan yang mana kita tidak mahu ahli politik dan kerabat diraja sebaliknya kita mahun golongan profesional dalam sukan tersebut.

“Sewaktu zaman saya Tunku Abdul Rahman dikecualikan kerana beliau seorang peminat bola sepak tegar dan sedia menggalas tanggungjawab secara beramai-ramai. Tidak seperti sekarang.

“Saya mahu tanya, apa tujuan mereka mahu menjadi presiden? Pada pandangan saya, tiada seorang pun dalam kalangan mereka patut dipilih sebagai presiden. Bagi saya, presiden sewajarnya dipilih dalam kalangan rakyat biasa.

“Ini kerana saya lihat sejak 15 tahun kebelakangan ini semua ahli politik terlibat dalam persatuan bukan bola sepak. Itu membunuh pembangunan sukan. Bagi kepada orang yang sepatutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam FAM menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Utusan Malaysia difahamkan, Khairy mengetuai senarai dengan menerima 12 pencalonan, diikuti Tunku Ismail, lima.

Semua calon diminta mengesahkan pendirian mereka sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum 13 Februari.

Velappan, 81, yang pernah menyandang jawatan Penolong Setiausaha FAM dan menjadi pengurus skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich bagaimanapun tidak menyatakan siapakah calon yang difikirkan layak mengisi kerusi panas itu.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

Wednesday, January 18, 2017

Awe, Thinagaran bakal sertai TRW

Awe, Thinagaran bakal sertai TRW



KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka mengambil bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk melengkapkan senarai pasukan musim ini.

Sumber KAFA berkata, rundingan sedang diadakan dengan bekas pemain JDT II, Nurul Azwan Roya atau lebih dikenali sebagai Awe dan S Thinagaran yang juga bekas pemain ATM.

"Pemain terbabit perlu mematuhi terma dan syarat KAFA, malah perlu meneliti dokumen kontrak ditawarkan.


"Jika persetujuan dicapai, kemungkinan besar mereka dimasukkan dalam senarai akhir pendaftaran pemain sebelum 22 Januari ini," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.

Awe pernah menjulang kejuaraan berganda ketika beraksi bersama Kelantan pada 2012 sebelum berhijrah ke JDT (2013 - 2014), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan terakhirnya JDT II.

Sementara itu, Thinagaran pernah beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2014 di bawah kendalian Ketua Jurulatih, B Sathianathan.

sumber : BH ONLINE