Sunday, December 25, 2016

OAR Teguh serius taja The Red Warriors

OAR Teguh serius taja The Red Warriors



SYARIKAT pengeluar produk kesihatan, OAR Teguh Sdn. Bhd. menafikan hasrat untuk bekerjasama dengan Kelantan hanya semata-mata untuk mencari publisiti sebaliknya menegaskan pihaknya serius menaja The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017.
Pengarah Urusannya, Omar Ali berkata, pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan disambut baik oleh pengurusan persatuan itu, namun kedua-dua pihak hanya akan bertemu awal tahun depan kerana beliau kini menunaikan umrah.
Katanya, sebelum ini, beliau menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada penaja TRW dalam laman sosial Facebook serta meminta bantuan daripada mana-mana pihak untuk berhubung dengan KAFA.
“Saya tidak mempunyai hubungan dengan KAFA sebelum ini kerana kami berasal dari Negeri Sembilan. Disebabkan itu, perkara ini telah menjadi tular dalam laman sosial, ekoran daripada itu saya dihubungi oleh pihak media mengenai perkara ini.
“Saya ingin tegaskan bukan niat kami untuk mencari publisiti murahan, kami hanya mahu membantu KAFA dan memeriahkan bola sepak negara,” katanya mengulas kenyataan KAFA kelmarin yang meminta mana-mana pihak supaya tidak mencari publisiti murahan daripada krisis kewangan yang melanda persatuan itu.
Kosmo! kelmarin melaporkan OAR Teguh yang merupakan syarikat mengeluarkan jel prestasi, Gambir Emas menyatakan hasrat untuk menaja pasukan itu, manakala sebuah syarikat telekomunikasi, Red One pula mahu menjadi penaja utama.
Mengulas jumlah tajaan, Omar berkata, syarikat itu belum memutuskannya lagi tetapi telah menyediakan peruntukan tunai untuk pasukan itu.
“Kita tunggu hasil perbincangan dengan KAFA selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah pada 1 Januari ini. Kita telah menyediakan peruntukan itu kerana niat kami ikhlas untuk membantu.
“Terus terang saya katakan, kami tidak mampu untuk menjadi penaja utama yang melibatkan tajaan melebihi RM3 juta tetapi kami sedia menjadi sebahagian daripada penaja TRW,” katanya.


SUMBER : KOSMO!

Saturday, December 24, 2016

KAFA kesal dengan kenyataan `bakal penaja'

KAFA kesal dengan kenyataan `bakal penaja'



KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kesal dengan kenyataan beberapa syarikat di media massa, yang mendakwa bakal tampil sebagai penaja atau penaja utama TRW musim 2017.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, dalam suasana persatuan menghadapi kemelut kewangan, banyak pihak yang cuba mempromosikan diri masing-masing untuk mendapat publisiti murahan seolah-olah mereka 'balang oksigen' penyelamat KAFA tanpa melihat kesan terhadap pihak yang lain. 

"Kemunculan mereka ini membantutkan hasrat penaja lain yang benar-benar ikhlas membantu KAFA. Mereka mula menjauhkan diri untuk berunding dengan persatuan disebabkan ada pihak yang mendakwa mereka penaja utama.

"Harus diingat, tahun lalu Syarikat Chengal Jati yang menyumbangkan tajaan berjumlah RM3 juta pun tidak berstatus penaja utama Kelantan, inikan pula tajaan yang terkumpul sekarang hanya sekitar RM800,000. 

"Kalau mereka ikhlas ingin membantu, mereka seharusnya berunding dengan KAFA untuk memuktamadkan keputusan dan membuat sebarang pengumuman rasmi membabitkan tajaan," katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini. 

BH Online sebelum ini melaporkan, KAFA memutuskan untuk menarik diri daripada Liga M musim depan berikutan kekangan kewangan dihadapi selain gagal mendapat penaja utama. 

Namun, skuad itu dilihat sudah boleh menarik nafas lega selepas dua syarikat, termasuk RedONE Malaysia dan SuperBest Power Health Food and Beverages (SuperBest) menyatakan kesediaan untuk menaja TRW. 

KAFA memerlukan RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan. Ketika ini, persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

sumber: BH Online

Wednesday, December 14, 2016

Kahwin Bukan Soal Sementara Tapi Tidak Perlu Tolak Kebahagiaan

Kahwin Bukan Soal Sementara Tapi Tidak Perlu Tolak Kebahagiaan

Malam yang sunyi aku scroll akaun facebook aku untuk hilangkan penat lelah bekerja....Malam ini aku tak tahu kenapa timeline facebook aku banyak yang update pasal relationship terutama pasangan yang sudah khawin...dan minggu nih pun banyak jugak yang cerita pasal relationship, aku sendiri cakap pd diri aku, "dah kenapa minggu nih banyak plak pasal relationship" haha....


Bila membaca kisah-kisah relationship ini, memberi kesan sedikit sebanyak kepada pandangan aku tentang kahwin dan juga "gewe-gewe" (kekasih)...Kesan ada negatif dan positif...Ok, mesti korang ingat kisah pasangan baru beberapa minggu kahwin yang sampai masuk astro awani kan? Bila aku belek berita tersebut, arwah suami tersebut aku kenal semasa belajar di unisza, takdelah rapat tapi bila tengok muka memang cam lah, isterinya pula pun aku kenal macam2 tuh sahaja (sebab dulu Unisza taklah ramai pelajarnya seperti sekarang). Kisah mereka berdua sangat-sangat sedih dan yang lebih menyedihkan adalah ahli-ahli keluarga kedua dua belah keluarga tersebut..Yang menjadi mengubah pandangan aku adalah ada orang mengecapi kebahgiaan relationship sekejap, ada pasangan bertahan begitu lama, tetapi sekejap atau lama, kenapa kita perlu menolak kebahagian diberi oleh ALLAH swt. 



Aku ini bukanlah memilih, dah banyak family aku cuba match-fixing aku dengan beberapa orang tetapi aku menolak kerana pertama adalah fizikal aku, haha bukan merendah diri tapi aku sedar aku siapa nak dibandingkan dengan orang yang cuba dibawa oleh family aku...kedua kerana aku takut pasangan aku tak dapat membahagiakan parents aku, aku anak emak,mmg aku jenis duk dengan mama aku sehingga sekarang, kebanyakkan aku bercerita dengan mama, 



Soal Kahwin ini bukan soal sementara atau hanya bahagia di facebook atau insta tetapi soal bagaiman kahwin ini boleh bawa aku dan pasangan ke syurga...Kadang-kadang aku terasa jeles melihat pasangan suami isteri yg ada anak kesana kemari....tetapi aku tetapkan hati aku dengan berkata aku ada sahabat2 dan family, itulah anugerah ALLAH yang berikan kepada aku... Apa yang aku nak cakap kan disini, jangan kita cepat mengalah bab jodoh, lambat atau cepat berusahalah tetapi jangan lupa anugerah anugerah sekeliling kita iaitu sahabat2 & family kita yang selama ini berikan kebahagiaan kepada kita....

Apa saja aku kongsikan malam ini sekadar luahan hati untuk sama-sama berubah ke arah lebih baik...Aku sendiri skini edang berusaha untuk mencari jodoh walaupun ALLAH swt berikan aku seseorang untuk seketika (pada aku ia cukup sempurna) tetapi ia bersifat sementara..tapi aku kena akui aku bahagia selama waktu yg ALLAH swt berikan kepada aku....



Wednesday, December 7, 2016

Kunci Kehidupan adalah SABAR

Kunci Kehidupan adalah SABAR

Hari ini aku lalui segala cabaran dengan tenang dan tidak gopoh seperti hari yang lalu...Pada awal pagi lagi jam 9.00 pagi, aku keluar melakukan kerja rutin harian bagi mencari rezeki di bumi Allah s.w.t. Pada mulanya, aku berjumpa dengan klien, bukan sahaja klien tapi merupakan kepada pemilik sebuah syarikat besar, aku berjumpa bertujuan untuk menambah rezeki Allah s.w.t namun perbincangan 10 minit itu tidak membawa hasil, hanya percakapan biasa sahaja.....tapi aku gagahi dengan ucap dalam hati "Ini adalah rezeki aku, setakat ini sahaja rezeki aku, akan ada lagi rezeki yang lain".


Selepas pada itu, aku mulakan tugasan sebagai anak yang masih lagi tidak berkahwin dan seorang lelaki kepada mama aku dengan menemani mama ke mana sahaja hari ini....Bercakap soal mama, mama bertanyakan tentang bagaimana dengan kerja, bagaimana dengan kehidupan hari ini, aku cuma senyum dan jawab alhamdulilah sahaja....Selepas itu, aku teman mama aku yang teringin burger prosperity..hahaha belilah dekat McDonald tapi sedikit pun tidak menjamah burger tersebut sb mama aku tidak selera plak....Tanpa di duga, pada hari ini, kekecewaan yang amat digantikan dengan berita yang sangat aku nantikan begitu lama, Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Allah s.w.t sampai terkeluar air mata kegembiraan, berita ini membuatkan apa sahaja aku hadapi pada hari ini, membuat aku cool dan happy.... AKU BOLEH KATAKAN INI HIKMAH....sb family, adik beradik serta sahabat2 aku sentiasa pesan. jika kita ada masalah teruskan zikir dalam hati serta ambil wuduk mana tahu ada rezeki besar....ALHAMDULILAH, berita tersebut sangat buat aku happy...Makan petang tadi di Cafe Jiran pun rasa tenang dan happy walaupun hakikat aku masih sedih tapi berita itu buat aku senang hati...

Mesti korang tertanya, apa beritanya, insyALLAH aku akan kongsi tak lama lagi........

Apa yang aku boleh pesan, jika kita hadapi masalah, ambil masa berkongsi dengan ALLAH s.w.t, supaya DIA tahu bahawa kita masih ingatkan DIA. Alhamdulilah

Thursday, December 1, 2016

Jangan terlalu "cepat" wahai diri aku!

Jangan terlalu "cepat" wahai diri aku!

Kehidupan pada hari ini sangat berbeza pada setiap manusia...Hari ini aku belajar bahawa kita semua tidak perlu gopoh dalam sesuatu hal..terutama dalam hal urusan sesama manusia...Aku ingin menulis pada malam ini dengan emosi aku sendiri....


Aku sering melihat manusia dengan ego dalam menyelesaikan masalah, mungkin kerana inilah aku sentiasa terikut dengan keadaan...Dengan keegoan kita, kita takkan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dan mengakibat masalah tersebut lebih parah lagi...Hari ini, aku sudah melukakan hati seseorang dan cara aku itu tidak patut aku lakukan, aku lakukan kerana keegoan aku dan juga sebab aku terlalu mahukan sesuatu dengan keadaan cepat....Aku kalah dalam pertarungan ini, tapi aku belajar bahawa kita tidak boleh letak sesuatu dengan cepat, dengan ego kita,...

Belajarlah wahai sahabat, jangan kerana keegoaan kita, kita tidak mampu mengulang kembali rasa nikmat berurusan dengan manusia.....