Sunday, October 9, 2016

Semua masalah akan selesai jika semua ada sifat pemaaf

Bingkas aku bangun pada jam 6.30 pagi untuk hantar ayah aku ke lapangan terbang, selepas menghantar ayah aku ke lapangan terbang, aku terus pecut ke rumah kerana kejar ingin ke pejabat...Selepas aku sampai aku menerima mesej whatsapp personal secara berdetum detum....

Aku membaca mesej tersebut, melihat ada sahabat aku sedang menghadapi masalah yakni aku tahu dari awal lagi, aku terus membaca mesej tersebut...satu persatu aku hadam mesej tersebut...aku membaca sebanyak 2 3 kali, bukan kerana tak faham tapi aku mahukan kepastian....


Selepas aku membaca, apa yang aku sedih adalah, manusia zaman sekarang mahukan penyelesaian melalui emosi, mahukan seseorang itu hidup dalam kesalahan selamanya tanpa memberi keadilan kepada semua pesalah untuk membela diri dan beri kan point2 kenapa berlaku MASALAH tersebut....dan tak perlulah aku tulis apa masalah sebenar.....



Bagi aku, hidup ini sangat penting untuk kita mencari PAHALA bukan DOSA, lebih-lebih lagi hubungan sesama manusia....Dalam MASALAH yang dihadapi oleh sahabat aku ini perlulah ada jiwa besar dalam selesaikan masalah ini dan perlu memberi peluang untuk menjadi keadaan ini lebih baik....

Aku mengharapkan masalah ini akan selesai dengan baik...jadilah JIWA PEMAAF bukan JIWA PENDENDAM......

Related Posts

Semua masalah akan selesai jika semua ada sifat pemaaf
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.