Monday, October 3, 2016

Oh! Zam Zam restaurant buat aku jatuh hati...........

Pada 2 hari yang lalu, aku berada di Kuantan untuk hadiri satu kursus motivasi diri untuk meningkatkan latihan diri......dan selama 2 hari aku berada di Kuantan, boleh katakan masakan di kuantan sedap sangat...bermula aku sampai di Kuantan pada jam 1.30 petang pada hari Jumaat, aku singgah di kedai belakang Hotel Zenith, ada satu restaurant melayu yang digemari oleh orang bukan melayu...
Masakan mee goreng sangat sedap sehingga menjilat jari dan yang paling penting sangat pedas.....Dan pada sebelah malam, aku bersama sepupu ku mencari masakan yang sedap dan Zam Zam Restaurant merupakan pilihan kami........


Pada yang jarang ke Kuantan, jika anda singgah, anda boleh makan di restaurant ini.....Servis sangat tiptop, tidak sampai 5 minit order, sudah sampai makanan, aku dan sepupu aku ambil pakej makan untuk 4-6 orang makan sebab pada malam itu, makan malam kami ditemani 3 orang lagi kawan....Nasi arab sangat sedap dan tidak berlemak serta rasa rempah, Lauk pula rasa rempah ala2 arab dan salad dia sangat sedap dan fresh!!





Mesti korang nak tahu pasal harga kan? Satu je aku boleh bagitau, memang MURAH SANGAT!! untuk pakej A ini, yang ada 2 set Quarter ayam dan 1 set Daging Kambing, satu Jag air juice (boleh pilih, ada 3 jenis, Manggo, Orange & Watermelon) 4 set (ikut bilangan pelanggang) pencuci mulut, hidangan 1 set hidangan daging bakar dan Salad! semuanya adalah RM153.60 termasuk GST! Murahkan? Yes Murah!!

Sekiranya aku ke Kuantan lagi, inilah tempat pilihan pertama aku akan aku singgah!! 

Related Posts

Oh! Zam Zam restaurant buat aku jatuh hati...........
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.