Sunday, August 7, 2016

TRW mampu bangkit


Melihat gambar di atas adalah pemain pertahanan yang menjadi sandaran Coach Popov untuk mempertahankan serangan dari pihak lawan. Kecederaan McKain membawa khabar berita kurang senang kerana hanya Mckain sahaja pertahanan yang mempunyai fizikal yang tegap untuk menghadapi pemain-pemain yang tinggi dan berbadan tegap. Kecederaan Pok Nik pula akibat tolakan dari Syamim pemain Felda yang sentiasa mendapat amaran ringan dari pengadil, tolakan tersebut menyebabkan Pok Nik terpaksa berehat selama 2bulan. 

Selain itu kecederaan Muslim juga membawa khabar berita tidak baik apabila terpaksa berehat secukupnya untuk puih dari kecederaan. Ini adalah masalah paling kritikal dalam pasukan Kelantan, apabila rata-rata pemain utama dibahagian pertahanan cedera. Kelantan juga menghadapi krisis ketumpulan dibahagian sejak menang besar dengan Terengganu, kewibaan Ilijoski tercabar apabila seirng kali gagal menjaringkan gol apabila menghadapi penjaga gol lawan satu lawan satu. 

Namun, penulis yakin, Kelantan mampu bangkit untuk memulih reputasi tercalar sejak 3tahun yang lalu dengan pelbagai konterversi, dengan kehadiran Coach Popov yang sering memberi idea yang baru sehingga mengembalikan keyakinan penyokong untuk ke stadium, kelibat pemain-pemain muda seperti qayyum & faris shah memberi nafas baru kepada pasukan kelantan termasuk Danial.

Selamat Maju Jaya TRW!

Related Posts

TRW mampu bangkit
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.