Monday, August 22, 2016

RM 10 bertukar menjadi RM 200

Pada hari ahad yang lepas, aku mempunyai satu masalah iaitu ingin membayar yuran kursus sebanyak RM200 iaitu kursus masa depan aku selepas aku akan bekerja sendiri selepas ini. Aku cuba membahagikan gaji aku yang aku akan terima hujung bulan ini, tetapi ia tetap ada kebooran memandangkan bulan 9 ini bulan hari raya aidiladha...banyak nak pakai duit...


Semasa aku ingin mengambil mak aku di airport...aku mauk ke tandas setelah selesai solat isyak...dan aku melihat ada makcik cleaner yang masih belum pulang kerumah sbeab meneruskan kerja hakiki untuk mencari duit......aku bertanya "Makcik dah makan ke belum?" makcik menjawab "Belum awe" tanpa fikir panjang aku hulur RM10 aku kepada makcik itu untuk dia beli makanan bila selesai kerja...



Aku terus menunggu mak aku turun dari kapal terbang...setelah selesai mengambil mak aku, terus aku belikan mak aku burger sebab aku tahu mak aku tak makan lagi...sebab mak akui jenis tidak suka sangat makan kat luar tapi kalau dah terpaksa mak aku makan....pada malam ini aku masih lagi memikirkan tentang yuran itu, mahu sahaja aku batalkan niat aku nak pergi.............

Pada keesokkan pagi nya (kelmarin) aku masuk office seperti biasa dan waktu rehat terus jumpa sifu aku....aku terus terang pada dia apa masalah aku dan aku minta aku ingin buat bayaran 2 kali...dia terus cakap pada aku bahawa tak usah bayar sebab sudah ada orang tolong bayarkan untuk aku...masa itu aku terus bersyukur.....selepas selesai makan tengahari bersama sifu, aku terus berfikir Ya Allah...apa yang aku telah lakukan setelah nikmat sebegini kau berikan, terus aku teringat derma Rm10 aku serta aku beli burger untuk mak aku...Setelah sampai di office, aku terus nekadkan dalam diri walaupun RM1 tetap aku berikan pada yang memerlukan....terima kasih ALLAH atas nikmat ini...



**Aku menulis ini bukan untuk riak sekadar berkongsi kepada semua tentang besarnya nikmat menderma walaupun seringgit......

Related Posts

RM 10 bertukar menjadi RM 200
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
August 23, 2016 at 1:20 AM

Masyaallah besar sunguuh ganjaran allah.

Reply