Tuesday, August 23, 2016

Kelantan perlu menang



Pada perlawanan malam ini, Kelantan perlu menang menentang kedah bagi menghidupkan peluang untuk tempat ke empat liga pada musim ini sambil mengharapkan selangor kalah kepada pasukan Sarawak.


Kedah yang hadir ke Kota Bharu dengan reputasi gah bakal memberi saingan sengit kepada Kelantan. Tambahan pula, Badrol Bakhtiar kini sudah kembali cergas dan boleh diturunkan pada malam ini.


Bagi pasukan Kelantan pula boleh dianggap pasukan tempang apabila pemain yang menjadi tunjang kepada kawasan tengah iaitu Brendan Gan masih belum dapat dipastikan akan diturunkan pada malam ini kerana kecederaan di alami serta pemain import terbaru Wander Luiz juga dijangka tidak akan berada di kesebelasan utama pada malam ini.



Kita berharap Kelantan beraksi dengan baik pada malam ini, Gomo Kelate Gomo!



Related Posts

Kelantan perlu menang
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.