Siapa pernah makan Budu? Atau mengenali Budu? Orang Kelantan patut tahu dan makan Budu. Budu adalah sejenis pekasam yang diproses menggunakan ikan bilis. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis dan disertakan ulam ulaman seperti petai, jering. Ada juga orang Kelantan letak durian dalam Budu (Maaf aku tak minat buah durian).

Bagi aku Budu adalah pembangkit selera makan terutama bagi orang macam aku yang sukakan masakan kampung. Dan yang paling best mengenai budu ini apabila ada masakan Daging Singgang dan Ikan Rebus serta telur goreng, Fuhhh...menyelerakan, cuba bayangkan betapa sedapnya apabila anda gabungkan kuah singgang, budu, ikan rebus serta telur goreng, nikmatnya.....fuhh...kecur air liur aku....
Jumaat ini nak makan masakan kampung + budu
0 comments