Friday, August 26, 2016

Ilijoski meneruskan kemarau gol

Selepas 9 perlawanan, Ilijoski gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan pusingan piala malaysia dan liga super 2016. Perkara ini dipandang serius oleh penyokong-penyokong Kelantan apabila melihat kedudukan Ilijoski sebagai penyerang tunggal di hadapan gagal menghasilkan gol dan ditambah pula pada perlawanan menetang kedah di laman sendiri, Ilijoski kerap dikenakan OFFSIDE TRAP oleh pasukan lawan.

Kredit Gambar: TRWFC

Selepas perlawanan menentang Kedah, nama ilijoski naik mendadak dan menjadi perdebatan di dalam group penyokong Kelantan, masing-masing menyatakan tidak puas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Ilijoski kerana pada perlawanan menetang Kedah, Ilijoski adalah TARGET MAN kepada pasukan Kelantan namun gagal menyerlah.

Persoalan ditimbulkan adalah PATUTKAH ILIJOKSI DITURUNKAN SEKALI LAGI PADA PERLAWANAN MENETANG PDRM?

Pada pengamatan penulis, Ilijoski perlu diturunkan memandangkan penyerang tempatan kita gagal dalam bentuk tubuh badan atau fizikal cuma pemain-pemain kawasan tengah diharapkan untujk menjaringkan gol. Dan penulis juga mengharpakan Ilijoski jadikan perlawanan menentang PDRM satu permulaan untuk jaringkan gol!

kredit kepada pemilik asal gambar

Jangan lupa live di FB Page GuKito (mohon klik pada link dan like page deh)

Related Posts

Ilijoski meneruskan kemarau gol
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.