Friday, July 29, 2016

Cabaran Raja Kuah Knorr (Peringkat Separuh Akhir Zon Pantai Timur)

Pada 29 Julai 2016, Unilever menganjurkan satu pertandingan memasak di Pasaraya Nirwarna Maju, kubang kerian, Kelantan. Pada tahun ini, pihak Unilever serta penaja Knorr dan penaja bersama Butterfly mengadakan Pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr. Pertadingan ini disokong oleh Harmunis serta bagi zon pantai timur, pertadingan ini disokong oleh Pasar Raya Nirwana Maju. Pertandingan Cabaran Raja Kuah ini di hadiri 3 personaliti terkenal iaitu Chef Hadzrin, Chef Johari ataupun lebih di kenali sebagai Chef Papa Jo dan personaliti masakan online iaitu Puan Ruzita

Dari Kanan : Puan Ruzita, Chef Papa Jo & Chef Hadzrin

Cabaran Raja Kuah Knorr mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat malaysia terutama masyarakat yang terlibat dalam industri makanan. Sebelum di pilih menyertai pertandingan ini, pihak Unilever mengadakan sesi "brainstorming" bagi memilih siapa yang layak untuk memasuki pertadingan ini di mana para peserta diminta menghantar resepi mereka, gambar masakan, proses masakan dan lain-lain lagi. Selepas sesi "brainstorming" , pihak Unilever akan hubungi peserta yang berjaya. Unilever juga memilih 4 zon sebagai tempat untuk Cabaran Raja Kuah Knorr iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Barat dan Zon Selatan. Pertadingan peringkat akhir akan di adakan di Klang dimana setiap pemenang peringkat Zon akan berentap di peringkat akhir dimana pemenang akan diberikan hadiah yang cukup lumayan. 

Bahan-Bahan masakan di taja oleh Knorr & Harmunis

Sebahagian Alatan Memasak ditaja oleh Butterfly

Pertandingan pada peringkat zon pantai timur ini disertai oleh 10 peserta dari pelbagai negeri dan peserta yang paling jauh untuk menyertai pertandingan ini adalah dari Sarawak. Dari segi permakahan pula, pihak Unilver menetapkan jumlah besar permakahan adalah 100% dimana ia dibahagikan kepada 3 jenis permakahan iaitu 60% (cara memasak, rasa dll) dari Juri, 30% untuk Hiasan dan 10 % kebersihan.

Berikut adalah Senarai peserta serta Resipi Masakan:

  1. Suzaini Bin Sulaiman (Patin Salai Masak Lemak Variasi Knorr)
  2. Taibee Bin Hamdan (Lagenda Kari Ayam)
  3. Hajijah Bt Bakir (Udang & Kicap H & H)
  4. Noraezah Bt Salleh (Ikan Masak Lemak Kedondong)
  5. Mohd Sharifudin Bin Saleh (Daging Gunting Kari Briani CItarasa Knorr)
  6. Rabiah Bt Sulaiman (Masak Lemak Ayam Cendawan Knorr)
  7. Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias AHmad (Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr)
  8. Salina Bt Ismail (Ketam Merah Kari Knorr
  9. Mohd Hanif Bin Othman (Masak Lemak Wangi)
  10. Nazura Bt Zainal Abidin (Satay Gulung Berkuah Kari Knorr)
Pada pusingan pertama 5 peserta akan berentap terlebih dahulu dan pada pusingan kedua akan diikuti 5 peserta yang lain pula. Dalam Cabaran Raja Kuah Knorr ini, para peserta wajib menggunakan bahan-bahan masakan yang ditaja oleh Knorr dan Harmunis serta menggunakan alatan masakan yang ditaja oleh Butterfly. Para peserta juga dibenarkan membawa bahan-bahan lain serta brangan hiasan untuk menghias masakan mereka.

Dalam pertandingan ini, perserta dari negeri Kedah iaitu Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias AHmad dengan masakan  Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr yang mana membawa pulang hadiah bernilai RM6500 (termasuk barangan dari Penaja), diikuti pemenang tempat kedua Mohd Sharifudin Bin Saleh dengan masakan Daging Gunting Kari Briani CItarasa Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai RM4000 (termasuk barangan dari penaja) dan pemenang tempat ketiga ialah Salina Bt Ismail dengan masakan Ketam Merah Kari Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai Rm2500 (termasuk barangan dari penaja).

Para pemenang : Mohd Hilmi (1st) Mohd Sharifuddin (2nd) & Salina (3rd)

Para pemenang bergambar dengan Juri-juri jemputan
Antara gambar-gambar sekitar pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr peringkat separuh akhir Zon Pantai Timur di Pasar Raya Nirwana Maju.





























































Related Posts

Cabaran Raja Kuah Knorr (Peringkat Separuh Akhir Zon Pantai Timur)
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.

1 comments:

Tulis comments
avatar
July 29, 2016 at 8:48 PM

Terbaikk...yg pnting pnuh dgn gambar😊

Reply