Wednesday, June 15, 2016

Wanita Perancis, 91, dapat PhD selepas 30 tahun


BESANCON, Perancis: Seorang warga emas berusia 91 tahun menjadi antara wanita tertua di Perancis mendapatkan PhD selepas menyiapkan tesis yang dimulakannya sejak tiga dekad lalu.

Colette Bourlier dianugerahkan penghargaan tertinggi untuk kerja beliau dari Universiti Franche-Comte dekat Besancon, timur Perancis.

"Ia mengambil sedikit masa untuk menulis kerana saya mengambil cuti rehat," kata Bourlier yang mengambil masa lama untuk menyiapkan karya beliau.

Tesis itu bertajuk "Pekerja asing di Besancon pada separuh kedua abad ke-20."

Ia ada kaitan dengan pengalaman beliau sendiri sebagai guru program celik ilmu untuk pendatang di bandar Perancis timur.

Beliau tertarik untuk mendapatkan PhD selepas bersara pada 1983. Biasanya, PhD di Perancis disiapkan dalam masa tiga tahun, tetapi Bourlier adalah seorang pelajar yang sangat terperinci, kata profesor beliau, Serge Ormeaux.

"Dia mungkin satu-satunya orang yang tahu mengenai aspek itu secara terperinci. Kajian beliau turut disokong dengan analisis statistik." - AFP


Related Posts

Wanita Perancis, 91, dapat PhD selepas 30 tahun
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.